Kunyit Putih






Walaupun ukurannya kecil, jangan remehkan manfaat dari kunyit putih.Kerana dia adalah salah satu tanaman berkhasiat yang sudah digunakan selama ratusan tahun sebagai ubat tradisonal.
Khasiat dari sebuah kunyit putih memang sudah tak asing lagi. Kunyit putih sudah sangat terkenal sebagai tanaman ubat sejak dulu sekali. Kunyit putih adalah salah satu dari kelompok bahan ubatan yang sudah dipergunakan oleh nenek moyang kita.

Anti Cancer 

Kunyit putih juga diyakini memiliki khasiat anti canser.  Walau begitu hanya  kunyit putih jenis mangga (Curcuma mangga) yang tumbuh di batas di tempat yang bersuhu sejuk.Ia berkhasiat mencegah dan merawat canser. Menurut pakar-pakar perubatan dan ahli saintis kunyit putih telah terbukti berkesan dijadikan sebagai bahan makanan tambahan yang berkhasiat serta bahan untuk merawat kulit di Cina sejak tahun 1988.

Pada Kunyit putih diketahui mengandungi minyak atsiri yang terdiri atas curdione dan curcumol. Khasiat Tanaman ini  bersifat antioksidan dan dapat menahan zat radikal bebas penyebab tumbuhnya sel cancer serta dapat meningkatkan sel darah merah.

Khasiat yg lain
Di dalam perubatan China, kunyit putih juga disebutkan memiliki sifat menghentikan pendarahan, anti radang, dan menambah nafsu makan.

Kandungan pada isi dan daun Kunyit Putih antara lain mengandungi saponin, dan polifenol.Penyakit yang boleh disembuhkan dengan tanaman ini menurut hasil penelitian dan pengalaman adalah mengecutkan rahim, menambah nafsu makan, melambatkan pertumbuhan sel canser, mengubati cirit birit dan kembung perut.
Isinya pula memiliki khasiat takjub luar biasa dalam kesihatan seperti untuk mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut mulas, dan bengkak/radang kulit kerana alahan. Manfaat yang lain adalah untuk pemakaian luar iaitu isi kunyit putih  untuk mengubati kulit berminyak,kulit kering,jerawat,jeragat,selulit dan pelbagai masalah kulit. Bahkan isi kunyit putih sangat berkhasiat dan berkesan dijadikan bahan asas bedak atau cream wajah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan