Coretan


Wanita Tudung Labuh Yang Jauh Dari Rahmat Allah?  macam mana kita nak memilikinya jika masih ada ujub dalam diri...

Salamalaik sahabah2 yg dikasihi Allah.Insyaallah,mohon Allah beri petunjuk dan bimbingan disaat jari jemari ini lancar menekan butang2 yang akan menyusun satu penulisan.Penulisan penuh pengisian menuju redha Allah,mencari di mana nilai sebenar keimanan,meniliti dimana silapnya seorang yg bertudung labuh dan juga memperbaiki diri dalam menyampaikan dakwah,jalan yg sukar apabila landasannya tersasar dari cara junjungan kita Nabi Muhammad SAW.Semangat mengatasi segalanya, niat mengalahkan segala kebimbangan dan sukar menjadi senang dengan KUN FA YA KUN milik Allah............

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)


Hadis sohih ini seakan mudah bila dibaca,tapi semudah itukah pesanan keramat ini menusuk ke dalam hati dan amali kehidupan seharian kita wahai muslimah? Memelihara solat 5 waktu dlm keadaan rutin harian yg penuh cabaran yg menguji kepantasan minda dan tenaga,memerlukan kebijaksanaan dlm mengatur masa, mengutamakan yg mana dulu dari yang boleh dikemudiankan dan mencuri2 masa berdakwah kerana sifat tamakkan pahala yang tak boleh disangkal lagi...mampukah kita? Belum dibahas lagi amalan puasa yg menuntut stamina yg tinggi,dlm mengejar anak2,menyiapkan segala keperluan didalam keadaan tekak yg kering dan perut yg berkeroncong akibat kalori yg banyak dibakar krn mengejar anak? Hurmmm... itulah peperangan diri,dan solatlah yang menghilangkan segala beban yg dipikul...benar, solat bukanlah beban, namun solatlah penghapus beban.Aku yakin ramai muslimah yang berjaya lalui 3 perkara ni,solat,puasa dan menjaga kehormatannya tapi macammana pula mentaati suami?

Sabda Rasulullah SAW “Jika aku boleh memerintahkan supaya seseorang sujud kepada orang lain, nescaya akan aku perintahkan seorang perempuan sujud kepada suaminya.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Mengapa sebab ini yang mencampakkan seorang wanita di Jahannam? Sukar ke untuk berlaku taat? Atau lebih mudah menyarung tudung labuh? Apa kaitannya tudung labuh dgn rahmat Allah pula? Jari jemari semakin rancak menari2 di atas pentas keyboard, penonton screen lebar seakan tidak sabar menyaksikan babak seterusnya dan bunyi detik jam membuatkan aku sedikit cemas menghitung masa yang mencemburui aku.......

Wanita bertudung labuh yang jauh dari rahmat Allah.Aku kah itu? kamu kah itu? Dia kah itu? Aku bukan mencari siapa tapi aku mencari apa sebabnya.Tujuan aku bukanlah mencari publisiti murahan,mencari LIKE terbanyak,mahupun menunding jari kepada siapa2.Tapi lebih kpd muhasabah diri sendiri dan memperingatkan kealpaan yg selalu menjenguk kita disebalik kejayaan kita menyarungkan tudung labuh.Aku sedih,sedih ketika topik ni nak dibahaskan, mengenangkan siapa diri ini yg tak lepas dari melakukan kesilapan.Mencermin diri sendiri sambil mengenang bayang2 hitam kisah lama hidup aku yg penuh catatan2 di bahu kiri aku.


Namun hidayah milik Allah...

“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)” 

 "Barangsiapa yang dikehendaki Allah dalam kebaikan, maka dijadikannya ia faham agama." (HR. Bukhari) .


Apa salahnya wanita bertudung labuh itu? Bukankah tudung labuh itu melambangkan keimanannya? Bukankah kita juga sebagai muslimah harus berbangga dgn peninggalan serikandi2 kita seperti Siti Khadijah dan Siti Aisyah? Bukankah tudung labuh yg menutupi aurat mengikut syariat itu satu kemanisan iman?  Ya,semua ni benar,tiada satu pun yg silap,cuma silapnya terletak pada hati.Hati yang ujub dgn hidayah milik Allah, hati yg bongkak menyangka diri bebas dari dosa.

Islam besar dlm maksud sebenarnya,Islam menjaga pelbagai sudut bukan sekadar aurat, Islam meliputi hubungan dgn Tuhan,hubungan dgn sesama manusia dan diri sendiri. Macammana seorg yg menjaga hubungannya dgn Penciptanya tidak menjaga hubungannya dgn sesama manusia lain lebih2 lagi saudara sendiri? Cukupkah sekadar solat 5 waktunya,puasanya,hijabnya,usrahnya menjamin kakinya masuk ke syurga? 


Bukan semua yg bertudung labuh mcm ni,ramai yg tak merosakkan bawaan tudung labuh ni,mungkin cuma sedikit yg terlepas pandang dan menjadi tanggujawab kita untuk menjadikan semua yg bertudung labuh di redhai Allah.


Jaga hati tak? 


Terkait dengan pentingnya menjaga hati, maka tidaklah beruntung orang yang menghadap Allah pada hari di mana tidak berguna harta dan kerabat, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih. Hal ini sebagaimana doa nabi Ibrahim a.s termaktub di dalam Al-Qur-an, surat Asy-Syu’ara ayat 83-89:

Macammana si tudung labuh boleh tak jaga hati ye? kan tudung dah labuh,iman rasa dah kuat, rasa diri dah semua betul,orang keliling pulak nampak munafik,org lain pun nampak jauh dgn Allah.Mcm mana boleh rasa cmtu ek? sebab dlm hati dah ada rasa ujub/riak,riak dgn hidayah milik Allah,yes mmg aku suka ulang2 hidayah milik Allah,mmg betulkan? Hati yg bersih  takkan sampai hati memandang org lain yg bertudung pendek / tidak bertudung dgn sebelah mata.Memandang mereka dgn rasa "oh teruknya diorg" .Tak campur golongan tudung pendek dan golongan tak tutup aurat sebab tudung sendiri dah jejak pusat.Hati penuh daki menghakim orang lain sambil hidung sendiri dah tinggi mencecah langit.Berburuk sangka menilai luaran orang macamlah sendiri confirm ahli syurga.Cubalah ikut cara Rasulullah mendekati golongan ini dgn hemah,gunakan sikologi bernas,gunakan hadis dan sunnah mendekati golongan ni supaya golongan2 ni boleh kita bawa sekali ke jalan yg benar,bkn jadi double standart nak join group usrah je pastu ilmu yg dapat tulis atas kertas,kertas jadi usang,ilmu mcm tu jugak tak bertambah pun kalau simpan,dakwah pun gagal tak berjaya disampaikan, yg jadi diri perasan lebih bagus.Cuba tunjuk mana ye baiknya perasaan rasa diri dah bagus? Duduk di satu sudut tak bercampur dgn org2 lain atas sebab, "oh tudung aku tak sama level" , sambil silang kaki mata memerhati org lain dari atas ke bawah dgn pandangan sinis.Kan lagi manfaat bercampur dgn golongan yg belum blh buat mcm kita buat.Rapat2 dgn diorg,sayangi diorg barulah dakwah senang nak sampai bila org dah sayang hati pun boleh terima apa yg disampaikan.Ini tak,ckp kasar2 dgn org,herdik org,lps tu harap org nak dgr nasihat kita? Boleh ke? Kenapa nak bawak org ke jalan yg benar dgn kekasaran? kesombongan? kenapa butir perkataan yg keluar dari mulut bukan berbau nasihat tapi berbau angkuh? Tudung labuh tu ke yang mengajar kita untuk jadi pendakwah yg tersasar? Langsung tak berkesan kat hati org yg mendengarnya.Hidayah yg Allah beri bila kita gunakan dgn betul utk diri sendiri dan org lain,dgn niat sayang sesama kita demi mengajak kpd kebaikkan CONFIRM org yg mendgr dpt terima,org keliling tak rasa janggal dgn cara kita,org terbuka hati dgn apa yg kita sampaikan.

Jaga lidah tak ?

Allah berfirman dalam al-qur’an surat al-Baqarah ayat 263 : “Perkataan yang baik dan pemberian ma’af lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasan si penerima).

Tudung dah cukup labuh,solat dah cukup lima waktu,puasa semua buat,majlis ilmu tak pernah tinggal tapi kenapa ye si tudung labuh tetap tak disukai orang? Bukan ke org2 yg mentaati Allah disayangi ramai? Cuba cek list 'mentaati Allah' tu? cek semua sudut tau bkn sudut amal ibadat je,cek sekali cara kita bercakap dgn org lain,org yg kononnya tak standart dgn kita.Yang tak sama 27 inci labuh tudung dgn kita,cer cek lidah tu.Tajam tak? Setajam2 pisau adalah lidahkan,pisau pun menghiris jari lukanya sehari dua dah lupa,tajam lidah? mau sampai mati ada yg tak bh lupakan.Sygnya...syg bila kita si tudung labuh manis dlm berhijab tup2 lidah mengalahkan orang kafir yg takde pegangan. Bila brrcakap tak pandang kiri kanan, main sembur je,mmg lah niat nak menasihat org tu dah betul,betul sgt,tapi cara penyampaiannye,betul ke? klau betul kenapa org boleh terasa malu? terasa hati? marah?  Sebabnya cara tu tak betullah,patut ke dgn gaya muslimah paling menutup aurat tegur org dgn suara yg kuat sampai org lain blh dgr.Menegur org di tempat terbuka,di khalayak ramai. Nak tunjuk apa si tudung labuh? Tunjuk terornya bab agama ke? Perlu ke keluar ayat2 yg boleh mengguris hati org lain.Pergi kelas agama,ustaz tu ajar camtu ke? Mustahil.Rasulullah sendiri menasihati seseorg dgn cara paling lembut dan sgt menjaga perasaan org.Sampai menitis air mata org mendgr nasihat Rasulullah.Awak si tudung labuh? "sape ajar ni sape ajar?" "bulan puasa pergi terawih kau pergi shopping pulak" "cuba tengok aku ni".H
amboi angkuhnya dialog2 si tudung labuh.Tu mencari redha Allah ke nak minta org puji?  Mcm ni ke cara org beriman nasihat org? Kesian kan,dlm tak sedar si tudung labuh jauh dari rahmat Allah bila buat hati org terguris.Dan lbh ruginya, dakwah tak kesampaian.Yelah logik akal manusia bila dh tak suka akan seseorg tu,mustahil nak dgr apa yg disampaikan oleh org yg dh menyakitkan hati dia kan.Cuba baca sirah Rasulullah saw, pernah ke kita terbaca Rasulullah brckp kasar? Tak pernah kan.Nak berdakwah tu dah bagus sgt dah. Mmg bagi point kat situ.Rajin update status kat FB hal agama,tapi cuba cek lagi, dlm dok2 sebuk mengupdate status agama tu, buat tak dakwah kat keluarga sendiri? kat ipar duai yg lebih memerlukan.Mcmmana nak buatkan,hati si tudung labuh tak join group2 yg tudung kurang 27 inci ni.Si tudung labuh hanya berani join group yg pakai stokin mcm dia je.Sayang! seribu kali sayang,lubuk emas pahala dipandang hina,diri terkepit dlm dakwah sendiri.

Huh! Lebih dasyat lagi bila lidah sendiri menikam hati suami dgn dialog2 bangga diri dari si tudung labuh. " Kalau bukan krn aku,kau takkan mcm ni,semua krn aku" Ha! ce rewind memory pernah tak terkeluar ayat2 serupa atau lbh kurang cmni,klau pernah gi melutut dpn suami mintak maaf, lg teruk bila ckp tu masa ada org lain,ya Allah jatuhnya maruah suami.Suami pandang dgn hati yg sedih sambil hati berkata "sayangnya tudung labuh mu tak boleh menghijab lidah mu wahai isteri..."  Banyak skrg jadi, bila kengkonon isteri lebih iman nye dan lebih RM nya dari suami mulalah tudung yang labuh jadi pengelap airmata suami.Isteri confident habis Tuhan bagi rezeki atas usaha dan tawaduknya konon.Tak pikir ke kapir tu pun dpt duit melimpah2,pasal tawaduk dia ke? Tawaduk celah mana? Tu Tuhan nak kasi kat isteri atas sebab suka hati Allah lah, mengikut kemahuan dia.Janganlah si isteri budget tudung labuh,stokin tak tinggal boleh down2 kan suami yg pendapatan lbh rendah. 


Jagalah lidah  wahai si tudung labuh.Rugi amalan mu dgn Tuhan dah kau laksanakan dgn baik.Usahlah kau rosakkan hanya dgn sifat takbur mu tu.Sifat riak tu lah buat lidah susah nak jaga,mata menjeling2 hati mencari salah org.Kdg2 kita tak perasan,masa kita tgh berckp, menulis komen2 di FB,ataupun menegur sesama sendiri secara terbuka kita tak sedar kita sdg guriskan hati org lain.So jaga riak,riak punca semua ni!


“Dan orang-orang yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (mengadakan hubungan silaturrahim dan tali persaudaraan), dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk.” (Ar-Ra’d: 21)

Jaga silaturahim tak? 

Nak jaga anak bini laki sendiri boleh lah.Tu pun belum confirm.Silap2 suam2 kuku ke amalam Tuhan terima.Mana taknya,suruh anak solat bkn sebab Tuhan suruh tapi sebab bangganya anak aku solat.Suruh anak tutup aurat bukan sbb Allah suruh, tapi segan bila kawan2 usrah tau anak tak pakai tudung.Kalau camtu mcmmana nak jaga silaturrahim pulak? Dgn saudara2 terdekat,ipar2 misalnya,mertua,sanak saudara? Mcmmana nak jaga kalau jaga hubungan pilih bulu.Kat mana si tudung labuh masa saudara2nya sdg kesusahan? Memerlukan sokongan seorg tudung labuh yg mampu menolong,menolong segi wang ringgit mahupun sokongan moral.Kat mana si tudung labuh? Tengah menyoping tambah koleksi tudung labuh ke? Dah berapa helai dah dlm almari tu. Bertimbun.Nak bagi sehelai tudung tanda hadiah utk sedara2 atas niat supaya org tu terbukak hati nak bertudung pun payah nak bagi.Tapi sebuk nak dakwah.Paham ke dakwah tu apa? Ingat pegang mimbar dok dlm masjid tu je ke dakwah? Or ketuk pintu2 rumah org ajak gi surau dgr ceramah tu je dakwah? Dakwah ni manis dan mudah.Siapa2 boleh berdakwah asalkan isi yg disampaikan tu berlandaskan Quran dan Sunnah.Tak kiralah yg sampaikan tu tak amik SPM pun.Orang yg boleh berdakwah pada bila2 masa tanpa kira tempat,masa dan dgn siapa org tu lah briliant! Rasulullah dan sahabat2 baginda sampaikan dakwah mereka ada SPM ke? Mereka pilih2 org ke? Ini tak, kita baru tudung je labuh,puasa sunat Isnin Khamis dah pilih2 bulu.Nak suruh jaga silaturrahim pun susah,sebab susah sendiri letak garis panduan ntah apa2 ntah.Masa sedara kita tgh bersedih atas kematian ke, tgh binggung mencari bantuan nak bina 'masjid' ke kat mana kita? Apa sumbangan kita si tudung labuh? Dok atas sejadah je ke kita tanpa ada rasa sedikit pun simpati.Lupa ke kita Tuhan sendiri kaya dgn sifat Maha Pengasih,kita sujud dahi menyentuh bumi 5 kali sehari.Yakin sifat Maha Pengasih tapi kenapa kita tak mewarisi sedikit sebanyak sifat pengasih tu? Mana si tudung labuh ketika majlis2 yg di adakan saudara mara terdekat? Kenapa dtg bila semua dh siap? Dtg pula berlenggang lenggok dgn jubah baru plus tudung labuh keluaran terbaru.Mana sumbangan tenaga si tudung labuh? Mana ilmu yg dapat di usrah2 tu? Kenapa tak di gunakan time2 org memerlukan sumbangan tenaga, time2 airmata saudara2 kita sdg mengalir,time2 semangat bersatu padu di perlukan? Tak tau ke wahai si tudung labuh, Allah dah janji akan mempermudahkan urusan hambaNya selagi hambaNya mempermudahkan urusan org2 yg sdg memerlukan pertolongan,tapi dimanakah kita? Bukan suruh tlg majlis birthday party ke, majlis anniversery ke,reunion ke tapi majlis amal, majlis tahlil, majlis walimah.Dosa ke nak sedekah org makan sampai boleh kecualikan diri tak menolong.Tak perlulah nak bahaskan majlis kematian tak memerlukan kita atas dasar si mati tetap mati,tapi bahaskan saudara2 yg tinggal memerlukan sokongan moral kita kan? memerlukan pelukkan kita saat airmatanya tak boleh dihentikan.Tapi sadis bila si tudung labuh hanya berlalu pergi meninggalkan majlis dgn alasan tak perlu tunggu.Mana ehsan kita terhadap keluarga si mati? Dimana kita saat genting majlis sdg disiapkan? Salah ke utk hadir dan pegang sebilah pisau brsama2 dgn keluarga bergotong royong tanda sokongan,salah ke buat kenduri dgn menjamu org makan? Bukan tu jugak sedekah ke?Bukan ke tu jugak ada pahala disisi Allah? kenapa harus menolaknya dari sudut silaturrahim? Kasihan,jauh sungguh golongan ni dari rahmat Allah bila kotak fikiran sempit dgn membuat Islam itu kelihatan rumit. Rasulullah sendiri setiap hari menyuap si buta dijalanan dgn tangannya sendiri tanda kasihnya sesama sendiri dan kamu bongkak dgn iman yg Allah pinjamkan utk kamu lebih mengasihi sesama manusia.Susah ke nak jaga semangat jemaah silaturrahim ni si tudung labuh.Allah bukan nilai kita pada brapa bnyk usrah yg kita pergi je,bnyk mana pun kita pergi tapi kat hati takde belas kasihan pada sesama sendiri,jauhlah.....jauh dari rahmat Allah.

Menjadi Contoh Buat Anak2 ?

Hadis Rasulullah SAWyang bermaksud: Setiap anak yang dilahirkan itu 
adalah umpama kain putih (fitrah), ibu bapalah yang bertanggungjawab mewamakan dan mencorakkannya, sama ada menjadi Yahudi, Nasrani dan Majusi ... (riwayat Bukhari dan Muslim)

Kita yg mencorakkan anak2 kita mengikut kemahuan kita.Kita boleh pilih untuk jadikan mereka org yg beriman yg diredhai Allah ataupun kita boleh jugak jadikan anak2 kita org yg kelihatan beriman tapi jauh dari rahmat Allah. Kita duduk sejenak dan fikir,adakah kita contoh terbaik utk anak2 kita? Adakah kita mengajar anak2 kitra lebih dari solat 5r waktu, puasa dan menjaga aurat? Atau kita nak anak2 kita mencontohi para syuhada seperti Rasulullah saw,sahabat2 baginda atau Siti Aisyah serikandi muslimah sejati sepanjang zaman? Kitalah yg membentuk sahsiah peribadi akhlak anak2.Kita ajar anak2 sifat tolong menolong sesama muslim,kita terapkan anak unsur bersangka baik supaya dakwah boleh di teruskan dgn kasih syg.Kita ajar anak2 mendoakan yg baik2 utk saudara2 yg belum dapat hidayah.Kita teladani sifat2 ehsan para2 syuhada yg bkn saja amalan hidupnya berpandukan solat semata2.Mereka berkorban harta utk saudara2 mereka, mereka berjemaah dlm membina keluarga Islam Bainati Jannahti,mereka berjihad dalam menegakkan agama Allah.Ke kita nak anak2 kita ikut sikap kita bertudung labuh tapi takde belas kasihan? Ke anak kita solat tapi datang rumah org segelas cawan pun malas nak angkat? Ke anak kita hafaz Quran tapi tiap patah perkataan yg keluar menyakitkan hati org? Pilihlah,kita adalah cermin pada anak2 kita,jadikan mereka si tudung labuh yg disebalik labuhnya tudung terdapat seketul hati yang diredhai Allah...

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."


(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


Bnyk lagi yg ingin jari jemari ni taipkan,tapi cukuplah ye.Kesimpulan yg nak aku sampaikan,walau setebal mana iman kita (bahaya syok sendiri ni) jgnlah mendongak ke langit krn ke dlm bumi juga kita disemadikan,walau senipis mana iman kita pula jgn dijadikan itu alasan untuk kita tidak terus bangkit menjadi hambaNya yg diredhai Allah.Hakikatnya, mentaati Allah dgn mengikut semua firmannya yg berlandaskan Quran dan Sunnah boleh jadi mudah jika kita ikut je tanpa soalkan banyak2,ia jadi rumit bila hati membenarkan bisikan iblis lakhnattullah menghidupkan bunga2 was2,riak,ujub,mazmumah yg merosakkan amalan kita terhadap Allah.Bersihkan hati dalam berdakwah,sampaikan walau satu ayat,pegang sunnah sbg panduan hidup, rendah diri dalam beramal,sorokkan tangan yg memberi,simpan manisnya beramal tanpa perlu beritahu kpd sesiapa supaya tidak menjadi fitnah kpd org yg mendgrnya,bersatu padu membina ummah yg hebat krn dgn sepakat itulah  kita,kita dan kita boleh menghidupkan SUNNAH ! 

Akhir kata mohon maaf dari diri ini yg tak terlepas dari kelalain menulis,semoga penulisan yg tak seberapa ini dapat menginsafi diri dan menjadikan kita sebenar2 wanita bertudung labuh yang dikasihi Allah Insyaallah dan menjadi ikon sebenar kepada saudara dan rakan taulan ! Wallahhualam.........


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan