Khamis, 12 Januari 2012

Pewarna rambut memang Halal TETAPI... !!!

Assalammualaikum kwn2 wanita yg saya kasihi,sebelum ape2 mintak sgt bukakan hati dan minda kwn2 semua utk membaca apa yg ingin sampaikn kat sini.Saya rasa gelisah bila dah tahu, dah jelas tapi tak sampaikan,saya rasa bersalah,saya rasa kasihan krn apa yg terjadi ni telah terjadi ke atas diri saya! Ia tentang RAMBUT anda! Saya ringkaskan taje ye supaya cepat masejnye sampai moga dpt membantu diri saya sendiri,keluarga,saudara mara,kwn dan semua wanita diluar sana... Ok skrg kita kena tgok video ni dulu supaya apa yg saya nak smpaikn ini lebih mudah utk kita sama2 fahami ok... Selamat menonton semoga Allah membukakan hati kita utk menerima pengetahuan ini...


( Ustaz Don dalam rancangannya Al-Hijrah ASTRO 30Minit bersama Ustaz Don)

Jadi bagaimana perasaan anda skrg? Anda dye rambut? Anda dah faham? 

Kita pergi pula kepada satu laman soal jawab.Dan disini disertakan jawapan yg sebenar yg selalu membuat kita KELIRU! Jawapan no.7 : 



Lihat bawah sekali di kotak dye rambut ini tertulis PERMANANT COLOUR
Dan mengikut pengalaman saya dan rakan2 lain semua pewarna rambut yg berada dipasaran
terdiri drpd jenis ini PERMANANT COLOUR! Astarfirullah...


Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan dari kecantikan. ini selaras dengan sabda nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan dan ia bersih dan sukakan kebersihan“.
Oleh yang demikian, perbuatan mewarnakan rambut selain daripada warna hitam adalah harus dengan syarat pewarna tersebut tidak mengandungi bahan-bahan najis dan telap air (air boleh kena telus ke seluruh rambut)* serta tidak bertujuan untuk menunjukkan kecantikan kepada orang lain.
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dan lain-lain, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :- 
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.*2
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhadap kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau alergik ataupun mudarat terhadap janin  akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaitu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah. (Sumber:ohislam.com)
Huraian kepada ayat yg bertanda * :
1) Islam menetapkan hukum yg paling nyata pewarna itu haruslah boleh membuatkan air kena pada seluruh rambut hingga ke akar2nya.Mewarnakan rambut dilarang sebab ia menghalang air wudhu’ dan mandi hadas.Logik akal,bila kita mandi kimia warna itu masih kekal membaluti setiap helaian rambut kita.Ia bkn seperti colour hair spray yg kita gunakan boleh dibasuh pd bila2 masa.Ia berbeza dari inai krn inai tdk dicampur dgn sebarang kimia.Seperti juga pewarna kuku,eyeliner dan foundation.Kenapa perlu solekan dibersihkan sebetul2nya dulu sebelum mengambil wudhu? Kerana ia menghalang air wudhu dari terkena pd setiap helaian bulu roma dan bulu mata seseorg.Jelas?
2)Suci dan halal,seperti yg telah diterangkan kpd kita melalui ceramah Ustaz Don diatas,HALAL tdk menyebabkn kita boleh membuat sewenangnya sebelum berfikir.Memang dye tu HALAL segi kandungannya tetapi segi bahan kimia yg digunakan menyebabkn air tdk dpt menembusi rambut kita.
KAJIAN mengenai dye rambut.Kenyataan JAKIM (sumber Qurratuaini78.blogspot)
Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .
Nak salahkan siapa???
Bukan masanya lgi sekrg utk kita menunding jari mencari salah siapa,secara ikhlasnya diri saya sendiri menyalahkan diri saya sendiri krn saya yg pilih utk melakukan tanpa menyelidiki betul2 sehingga saya faham dan jelas.Saya hanya ambil mudah,sedap di dgr (sedapkn hati sendiri utk buat) dan saya tdk fahami erti sebenar HALAL tetapi tidak telus air! 
Apa perlu buat sekarang??? Berani krn Allah? Ini yg harus anda lakukan...


(Gambar hiasan)

Syarifah Amani membotakkan rambutnya  krn RM,
KITA???

Marilah kawan2,kuatkan semangat! Lakukannye! Bkn utk org lain tetapi utk Allah dan diri kita sebenarnya! Kenapa kita kena buat sebabnya...

~ Kita akan 'kembali' pada Allah...sediakah kita? Adakah kita kembali dlm keadaan tidak suci dan kita dah tau hukumnya? Adakah kita pasti apabila kita mati yg memandikan jenazah kita itu yg akan membotakkan kepala kita?

~Amalan kita, SOLAT? PUASA? MENGAJI? BERDOA? KEBERSIHAN? Bagaimana nanti? Kita dah tahu tapi kita endahkan bagaimana penerimaan Allah terhedap amalan kita? Mcmmana kita nk doakn anak2 kita? psgn kita sdgkn kita sentiasa dlm keadaan kotor? (Mandi wajib/junub tak sah)?

~ dan yg paling nyata ini adalah tipu daya iblis dan org kafir yg ingin memerangkap wanita Islam terjerumus kpd dunia khayalan yg tidak berkesudahan...

Akhirkata...tiada siapa yg hebat krn org yg hebat tdk melakukan kesilapan tetapi org yg hebat sebenarnya adalah org yg BERANI membetulkan kesilapannya... Andai akita benar cintakan Allah dan Rasul,ayuh! buktikan cinta kita...RAMBUT PASTI tumbuh lagi itu MESTI dan MATI juga PASTI! BILA??? 


“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


Andai ada sebarang kemusykilan dan sebarang salah silap disini saya sebagai hambanya yg lemah menyusun 10 jari memohon maaf,tujuan saya hanya satu LILLAHITAALA!!!


Kalau anda pilih utk buat,anda memang HEBAT! 
P/S: Hikmahnya,bila kita botak,hehehe kita akan mula bertudung,jadikan ia pemangkin utk bertudunhg,dan yg memang dh bertudung anda boleh praktikkan utk sentiasa bertudung wlaupun dirumah utk belajar bertudung apabila ada lelaki bukan muhrim ipar2 lelaki anda mungkin? Yes! Hikmahnya besar... Wallahhualam...sayang anda semuanya... 


*anda tdk perlu membotakkn rambut jika dye di rambut anda dah tggl hujung rambut,anda hanya harus memotong bahagian yg masih ade dye aje...Yg bercita2 nak dye rambut berhati2 ok...


















4 ulasan:

  1. Boleh sya bertanya.ada tak peluntur yg membolehkan dye hlg bila dishampoo?jadi tak perlu membotakkan kepala.

    BalasPadam
  2. cuba ulas dgn lebih lanjut sket point awk yg pertama tu. xbleh dye rambut gna permanent dye sbb dikira merubah ciptaan Allah? dah tu pakai inai tak permanent ker? kalau awak basuh, inai tu keluar ker? setahu saya, inai pn permanent jugak. nanti potong bru dia ilang. macam inai kat kuku.

    setahu sy lagi, yg kalau basuh luntur warna tu la yg lagi xleh pakai. sbb tu maksudnya dia xmenyerap and menghalang air dr terkena anggota badan.

    nak tanya lagi, dye kira menghalang air sbb chemical tu membaluti sel dari dalam? jadi kalau tangan kena dakwat pen, xsah solat ker selagi warna tak hilang? sbb dakwat pen tu kan bahan kimia.

    nak tanya lagi, ader check tak hukum perempuan botakkn kepala? sy pn xtau hukum dia aper. cuba share sket klu rajin blogging lg.

    tu jer la.

    BalasPadam
  3. Menurut artikel dalam utusan online, permanent dye boleh digunakan kerana menyerap air. Permanent dye bertindak membuka kutikel rambut, dan menutup semula kutikel setelah pewrna masuk, bermakna ia tidak menyaluti rambut.

    BalasPadam
  4. As Salam..sila rujuk sini mengenai membotakkan kepala

    http://ustazfathulbari.wordpress.com/2013/03/29/hukum-mewarnakan-rambut-dengan-selain-inai-adakah-perlu-botakkan-kepala/

    BalasPadam