Khamis, 21 Julai 2011

:: Dunia luar yg membimbangkan ::

"Apa yg nak dirisaukan,biar jelah????".kata teman ku.Itulah pembuka soalan utk ku hari ini.Soalan yg jika hendak dibahaskan pastinya memakan masa yg agak lama.Mungki selain dari itu jugak boleh membuatkan 2 wanita bertegang urat,menaikkan segala jenis darah dalam badan dan juga mengakibatkan sesama sendiri bermasam muka.Jadi,aku mengambil langkah utk menarik diri dari bahasan itu setelah aku sudah jelaskan sebaik mungkin, selembut mungkin mengikut apa yg patut aku jelaskan.Ya memang betul,masing2 dgn kehidupan sendiri.Masing- masing juga punyai tempat bersemadi sendiri.Tapi lupakah kita bahawa hidup ini dilalui bersama,dikongsi bersama.Baik buruk keadaan sekeliling sangat mempengaruhi kehidupan peribadi kita walaupun sedikit.Betulkan? Lihatlah sekarang keadaan dunia kita, berbagai masalah sosial,kewangan dan politik berlaku.Kerana apa? Kerana kita sering memikirkan kehidupan kita sendiri dgn sangat setia memegang 'tag line' JANGAN BIZY BODY'.Memang betul kita jgnlah bizy body hal yg remeh temeh.Tetapi apa saja yg sudah melibatkan hal Agama haruslah diambil peduli.Misalnya jiran sebelah menyebelah kita membawa keluar masuk pasangan yg bukan muhrim,bolehkah kita berdiam? Ataupun anak jiran kita yg terlibat dalam sosial yg teruk.Minum arak secara terbuka,lepak2 depan rumah membuat bising sehingga larut malam,bawa pulang kawan perempuan balik ke rumah.Boleh ke didiam kan???? Jangan kita sangka jika kita berdiam kita terlepas dari permasalahan tersebut.Bukankah Rasulullah telah bersabda "sampaikanlah walau satu ayat".Susahkah kita cuma hendak memberi teguran dgn cara berkhemah tanpa mengguriskan atau mengaibkan mana2 pihak? Tak susahkan..yang menghalang sebenarnya adalah sikap 'TAK PEDULI' kita.Kerana kita takut akibat yg kita kena terima setelah kita memainkan peranan kita.Tapi kita lupa,tempiasnya ada pada anak2 kita yg sedang membesar.Bayangkan,anak2 kita melihat contoh tidak baik setiap hari didepan mata.Sehari dua bolehlah kita mengurung anak kita,selepas itu macam mana??? Percayalah,samaada anak2 kita terikut dgn tabiat tidak bermoral mereka atau anak2 kita menjadi mangsa kelakuan tidak bermoral mereka.Sanggupkah kita biarkan saja dan membisu seribu bahasa.Sanggupkah kita membenarkan sikap jahiliyah menerkam ke hati dan fikiran anak2 kita??? Tidak bukan? Jadi marilah bersama2 menjalani kehidupan ini dgn saling mengambil berat,menasihati dan bertanggungjawab di antara satu sama lain.Tiada ruginya kita melakukan itu semua dengan niat LILLAHITAALA...InsyaAllah...

Contoh : Sebuah sungai di sebuah kawasan,segelintir penduduk suka membuang sampah ke dalam sungai dan mengakibatkan sungai tercemar dan pengalirannya tersekat.Tetapi malang tiada siapa yg menegur kerana sikap tak ambil peduli.Pada fikiran anda,jika sungai itu kotor dan sudah tersekat pengalirannya,bila hujan turun dgn lebat,apakah yg akan terjadi??? Banjir bukan?? Jadi siapakah yg menerima akibatnya?? Adakah si pembuang sampah itu saja yg terkena? Tidak,seluruh kampung menerima akibatnya tanpa mengenal 'SIAPA BUANG SIAPA TAK'. Jadi????????  Renungkanlah..

Mungkin yg senang berkata MUDAH,BIARLAH,TAK PEDULI,mereka ini mungkin belum mempunyai zuriat AMANAH yg harus dijaga.Jadi mereka mengambil ringan semua perkara.Terpulanglah pada pendapat masing2 dan yg menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin di khilfah bumi kita menumpang ini,Tahniah dan jutaan terima kasih aku ucapkan krn sama2 berpimpin tangan....

(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka. (Al-Araaf : 133)

:: Doa dikurniakan keluarga bahagia ::


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"
(Al-Furqaan : 74)

:: Doa tetap mendirikan solat ::

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ ، رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"
(Ibrahim : 40/41)


:: Doa ketika mendapat kesusahan ::

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"
(Al-Anbiya' : 87)