Rabu, 13 Julai 2011

:: Masa mengganti puasa owh puasa ::

Hahahaha aku tgok rami je org raya termasuk yg tak gnti pose,wakakaka...

Cobaan paling teruk bila ganti pose location kat rmh woo,
kena masak tuk En.HusB bawak bekal menu dah lah sedap giloss,
tengahari kena suap anak2 makan,
aduiiiiyaii..meleleh air liur babe.. dush!

10 hari aku kena guna 'sign' di atas ni..hihihi,
darilah terbit matahari sampailah tenggelamnya matahari,
time bulan pose tak rase oo sbb smua org pun pose,
termasuklah yg 'kekonon' puasa,ahakss..

S A B A R....B E R T A H A N...seb baiklah En.HusB rajin call bagi semangat kalau tak  ku  buat2 terbuka pose...ngeee~

:: Ibu Sebagai Pembina Generasi Unggul ::



"Ibu adalah sekolah yang jika engkau telah mempersiapkannya bererti  engkau telah
mempersiapkan suatu bangsa yang mempunyai akar-akar yang  baik ." (M. Nashih
Ulwan)
Dewasa ini, kita seringkali dikejutkan dengan pelbagai tragedi hitam yang melibatkan remaja
belasan tahun di negara kita. Kes-kes buli dan gangsterisme sehingga mengorbankan nyawa
pelajar sekolah menengah seawal tingkatan satu pernah menggemparkan negara. Tidak
kurang juga, remaja perempuan yang tergelincir ke lembah penzinaan, melahirkan anak luar
nikah, malah lebih tragis sanggup membunuh dan membuang bayi-bayi mereka di surau-surau,
tepi-tepi jalan, mahupun dibiarkan bersama longgokan sampah sarap! Selain itu, bukan sedikit
kes-kes yang melibatkan remaja yang terlibat dengan penagihan dadah, ketagihan alkohol, dan
rempit jalanan. Isu-isu masalah sosial seakan-akan telah menjadi asam garam kehidupan
masyarakat hari ini.
Lantas, ramai di antara kita kemudiannya tertanya-tanya; apakah yang telah terjadi dengan
anak-anak kita hari ini? Jika kita cuba menjawab persoalan ini dengan saksama, kita akan
sampai kepada satu kesimpulan yang jelas. Soalan tersebut sebenarnya kurang tepat.
Anak-anak kita adalah anak-anak yang serupa dengan kita, sama seperti kita di zaman dahulu.
Sama-sama memiliki rasa ingin tahu yang tinggi, sama- sama selalu ingin meniru, dan
sama-sama masih belum mampu membezakan antara realiti dan yang mana bukan.
Justeru, apakah hal yang membezakan diantara kita dan anak-anak kita? Satu-satunya
jawapan yang paling tepat ialah persekitaran kita yang berbeza. Dahulu, di zaman kita, tidak
ada smackdown. Tidak ada sinetron atau drama-drama picisan yang mengajarkan bunuh diri
sebagai solusi. Tidak ada pula tayangan filem-filem 18 SG atau 18 SX yang penuh kekerasan
dan paparan tidak bermoral. Malah, yang lebih utama, dahulu kebanyakan dari kita masih
didampingi oleh ibu.
Apakah kaitannya dengan ibu?  Ya, dulu para ibu memperuntukkan dirinya untuk mendidik
anak-anak, mengajarkan nilai-nilai kebaikan dan akhlak sesuai dengan Islam serta
menunjukkan perbuatan-perbuatan yang salah dan bercanggah dengan syariat. Peranan
seperti ini diibaratkan seperti perisai yang melindungi kita daripada pelbagai anasir-anasir tidak
baik yang berlaku di sekeliling kita.
Kini, anak-anak kita tidak lagi memiliki perisai itu. Ibu-ibu hari ini lebih banyak menghabiskan
masa di luar rumah untuk memenuhi keperluan ekonomi keluarga atau sekadar mengejar karier
dan reputasi diri. Jika ada ibu-ibu yang tidak bekerja dan duduk di rumah sekalipun, mereka
lebih disibukkan dengan tayangan-tayangan television seperti sinetron, drama-drama air mata,
rancangan-rancangan hiburan dan realiti TV. Tidak cukup dengan itu, mereka malah
menggalakkan anak-anak untuk bersama-sama menonton rancangan-rancangan TV yang tidak
bermanfaat. Padahal, yang sewajarnya merekalah yang patut mendidik anak-anak agar
menonton pengisian yang sesuai dan bakal memberikan input berguna kepada anak-anak
mereka.

PERANAN IBU
Idea feminisme yang semakin pesat menular dalam masyarakat kini sangat berpengaruh
terhadap perubahan sudut pandang umum berkaitan peranan ibu. Ideologi Kapitalisme
menanamkan pendapat bahawa peranan sejati ibu untuk duduk di rumah adalah tidak produktif
kerana tidak akan menghasilkan nilai materi (baca: sumbangan kepada ekonomi keluarga,
masyarakat dan negara). Malahan, ada juga pandangan yang cenderung menganggap peranan
ibu seperti yang difahami sebelum ini, akan merendahkan martabat wanita di bawah lelaki dan
membataskan peranan wanita untuk sekadar duduk di ceruk dapur semata-mata.
Pandangan-pandangan ini adalah sangat bercanggah dengan fakta kerana kajian telah
membuktikan bahawa peranan ibu sebagai pendidik pertama anak-anak di rumah tidak
mungkin dapat digantikan dengan sesiapa pun selainnya. Tempoh 0-6 tahun pertama bagi anak
merupakan masa keemasan untuk pertumbuhan dan perkembangan sang anak. Ini kerana
80% daripada otaknya berkembang untuk membentuk kecerdasan dan dasar-dasar
keperibadiannya. Ketika inilah, anak-anak sangat memerlukan sosok ibu sebagai pendamping
untuk merangsang pertumbuhan dan perkembangan yang optimum dapat dicapai oleh
anak-anak.
Pembantu atau pengasuh bayi dan anak-anak adalah sangat jauh dari kriteria tersebut. Pusat
penjagaan bayi atau nursery yang semakin banyak dibuka juga tidak akan mampu untuk
memberikan rangsangan optimum untuk pertumbuhan anak-anak. Ini kerana pusat seperti isu
kebiasaannya dirancang untuk menempatkan ramai bayi dan kanak-kanak untuk dijaga pada
satu-satu masa. Akibatnya, mereka tidak mungkin dapat memenuhi setiap keperluan anak-anak
di bawah jagaan mereka dengan teliti sepertimana yang dilakukan oleh ibu. Malah, mereka
tidak akan dapat menyaingi perhatian dan kasih sayang yang diberikan oleh ibu. Kasih sayang
merupakan salah satu unsur utama yang diperlukan oleh anak-anak selain gizi seimbang dan
rangsangan persekitaran.
Pengasuhan dengan kasih sayang yang tulus sangat diperlukan oleh anak dalam
perkembangan kecerdasan emosionalnya. Inilah yang akan membuatkan anak-anak belajar
menghargai dirinya, menumbuhkan rasa keyakinan kepada diri sendiri, kemampuan untuk
berempati dan bertimbangrasa dengan orang lain. Berbeza pula dengan anak yang kekurangan
kasih sayang kerana mereka cenderung untuk mengembangkan perasaan negatif, rendah diri,
introvert (tertutup) dan menyimpan potensi gagal dalam kehidupannya.
Kasih sayang yang tulus dan melimpah ruah hanyalah datang dari seorang ibu. Didikan
terbaik juga tentulah dari seorang ibu. Maka, jika fungsi ibu terabai kerana harus keluar rumah,
siapakah yang mampu menggantikan peranannya?

TELADAN DARIPADA IBU PARA TOKOH
Thomas Alva Edison, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Dialah yang telah
melakukan pelbagai penemuan dan memiliki ribuan hak paten. Namun, tahukah anda bahawa
dia hanya menerima pendidikan formal selama 3 bulan? Dia dibuang sekolah kerana gurunya
menganggap dia terlalu bodoh untuk bersekolah. Ibu Edison tidak mempercayai hal tersebut,
lalu mendidik sendiri Edison di rumah. Ternyata usaha gigihnya tidak sia-sia. Edison menemui
potensi terpendamnya sebagai seorang pengkaji. Di usia 10 tahun, dia telah memiliki makmal
peribadinya sendiri. Malah lebih dari itu, ibunya mendidik Edison sifat berani berjuang dan
berdikari. Pada usia mudanya, dia menjual surat khabar untuk membiayai sendiri projek-projek
kajiannya. Cuba bayangkan jika ibu Edison bersikap seperti gurunya. Mungkin penemuan
elektrik akan lebih lambat dan segala penemuan yang memerlukan elektrik juga pasti akan
terhambat.
Ibu Imam Syafi'i pula mewakili perjuangan ibu dari tokoh-tokoh agama. Suaminya meninggal
sebelum Imam Syafi'i dilahirkan. Dia membesarkan Syafi'i bersendirian dan memotivasikannya
untuk menuntut ilmu. Pada usia 7 tahun, Syafi'i sudah hafiz Al-quran. Ibunya juga membayar
guru-guru untuk mengajarkan Syafi'i, walaupun dia terpaksa bekerja keras  untuk menanggung
bayaran mereka.
Percayalah,bukan sedikit tokoh-tokoh dunia yang lahir kerana peranan seorang ibu di
belakangnya. Cuma, mungkin nama-nama mereka tidak tercatat dalam sejarah. Namun, nama
anak-anak mereka tercatat dengan tinta emas, dan itu cukup menjadi bukti kehebatan peranan
golongan ibu.

DILEMA IBU
Seorang ibu pastinya bercita-cita untuk menjadi seorang ibu yang ideal, agar dapat
menjalankan peranan utamanya seperti mendampingi anak-anak, mendidik mereka dengan
sempurna dan mencetak mereka menjadi generasi unggul yang kelak akan mewarisi
kepimpinan umat ini. Namun, hari ini para ibu berhadapan dengan pelbagai tentangan yang
menghambat cita-cita mereka ini.
Masalah utama dan terbesar ialah faktor ekonomi. Peningkatan taraf hidup dengan
pendapatan seorang suami sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan keluarga.
Akhirnya, ramai ibu terpaksa meninggalkan rumah-rumah mereka untuk sama-sama terjun ke
medan kerjaya demi menampung ekonomi keluarga. Keadaan ini menyebabkan anak-anak
membesar tanpa perhatian dan pendidikan yang sempurna daripada ibubapa. Tiada yang
mengambil peduli tentang bahan tontonan anak-anak, dan aktiviti seharian anak bersama
teman sebaya sehinggalah pada suatu ketika ibubapa dikejutkan dengan penglibatan
anak-anak mereka dalam masalah-masalah sosial atau jenayah yang serius.
Cabaran kedua yang menimpa para ibu ialah berkaitan dengan pengetahuan ibu tentang
kaedah pendidikan anak. Bukan sedikit para ibu yang tidak bekerja, tinggal di rumah, tetapi
tidak arif tentang kaedah mendidik anak dengan baik. Mereka tidak tahu potensi diri anak-anak
dan cara untuk mengembangkan potensi tersebut. Masalah ini menjadi lebih parah bagi ibu-ibu
yang bekerja dan pada masa yang sama tidak tahu kaedah mendidik anak dengan baik. Ibu-ibu
seperti ini cenderung untuk membiarkan saja anak-anak mereka membesar semahu mereka,
seperti air yang mengalir ke muara kerana si ibu sendiri tidak pernah meletakkan target dan
cita-citanya dalam hal pendidikan anak-anak. Para ibu seperti ini tentu sahaja tidak boleh
diharapkan untuk dapat melahirkan generasi unggul di masa hadapan.
Menyedari kepentingan peranan ibu dalam pendidikan generasi pelapis negara, para
pemimpin seharusnya mengambil berat dalam mencari jalan keluar untuk membantu para ibu
keluar dari hambatan cabaran-cabaran yang membelenggu mereka ketika ini. Bukankah
generasi muda hari ini yang akan menentukan keberlangsungan masyarakat yang
bersyakhsiah tinggi dan bertamadun pada masa hadapan? Adakah para pemimpin kita
sanggup membiarkan kerosakan demi kerosakan terus melanda masyarakat kerana anak-anak
mudanya semakin terjerumus ke lembah kehancuran dan kebinasaan? Selagi para ibu terus
disibukkan dengan urusan-urusan di ‘luar rumahnya’ sehingga mengabaikan peranan asasnya
sebagai ibu dan pengurus rumah tangga, dan selagi mereka masih tidak memahami
tanggungjawab dan ilmu pendidikan anak-anak, maka selagi itulah generasi unggul tidak dapat
dibentuk. Umat akan semakin terpuruk dan tidak lagi mampu bangkit.
Maka, tugas pemimpin adalah untuk menjamin agar para ibu mampu menjalankan
peranannya sebagai ibu dengan sempurna. Memaksa para ibu untuk keluar ke lapangan
pekerjaan demi mencari nafkah untuk keluarga adalah sama juga dengan usaha untuk menjual
masa depan anak-anaknya dengan menggadaikan pendidikan terbaik dari ibunya sendiri.
Negara juga berperanan untuk menjamin pendidikan para ibu dengan kurikulum yang tepat.
Kurikulum pendidikan yang mampu untuk membentuk akidah dan syakhsiyah Islamiyah ibu
agar dengan itu mereka meletakkan cita-cita perjuangan Islam sebagai cita-cita tertinggi
mereka yang bakal diwarisi kepada anak-anak. Cita-cita ini tidak akan mungkin dapat dibentuk
dalam diri para wanita yang dididik dengan sistem pendidikan sekular-kapitalisme kerana
materi, pangkat, dan karierlah yang kelak menjadi orientasi kehidupan mereka.

Sesungguhnya, para ibu mempunyai tanggungjawab besar  yang dipikul di bahu-bahu
mereka. Maka, tidak salah jika dikatakan bahawa wanita adalah tiang negara. Jika tiang ini
roboh, maka nantikanlah detik keruntuhan sebuah negara!   Wallahu 'alam (Petikan : HT)

:: Superhero Khayalan: Layakkah Dijadikan Idola Anak-Anak Muslim? ::


Dunia dan pemikiran anak-anak dewasa ini dibanjiri dengan cerita superhero khayalan seperti
Superman, Spiderman, Naruto dan lain-lain.   Superhero (pahlawan) dalam cerita-cerita
sebegitu selalu menarik perhatian dan digemari anak-anak.  Superhero khayalan seperti
Superman, Batman, Power Ranger, Spiderman, Naruto dan lain-lain ini memang menghiburkan
sesiapa pun.  Mereka dilihat mempunyai kelebihan dan ketangkasan yang boleh digunakan
untuk melawan kejahatan dan menegakkan keadilan.  Akan tetapi, apa yang dibimbangi adalah
bagaimanakah kesan daripada cerita-cerita superhero ini terhadap perkembangan anak-anak?

  Kecintaan seorang anak kepada superhero idola mereka ini tidak hanya mereka buktikan
dengan memasang poster-poster dalam bilik tidur contohnya, tetapi ternyata ramai di kalangan
mereka yang juga menyerap pemikiran, perkataan bahkan perilaku idola mereka, kemudian
menirunya.  Hakikatnya adalah, perilaku superhero khayalan dalam cerita-cerita yang disukai
anak-anak ini hampir semuanya berunsur kekerasan dan amat jelas berbeza sekali dengan
kisah-kisah pahlawan Islam terdahulu.

  Tidak diragukan lagi tayangan-tayangan seperti ini akan memberikan pengaruh yang besar
pada perilaku anak-anak, mendorong anak-anak bersikap keras, mencuba dan meniru
adegan-adegan yang ditontonnya. Oleh yang demikian, apakah yang boleh ibu sebagai
pendidik generasi lakukan agar anak-anak mengidolakan tokoh-tokoh kepahlawanan Islam?
Selain Rasulullah SAW, siapakah lagi tokoh-tokoh yang perlu dikenalkan pada anak-anak?

  Setiap orang selalu mencari tokoh yang boleh dijadikan idola bagi diri masing-masing.  Sang
idola biasanya akan menjadi inspirasi bagi orang yang mengidolakannya.  Maka dengan itu,
tidak mustahil juga ada anak-anak yang mengidolakan superhero seperti Spiderman dan
Superman, kerana mereka menganggap karakter khayalan ini mampu membantu
mengurangkan penderitaannya dan merasa tenang jika ada superhero tersebut di sampingnya.
Dalam mendidik anak-anak untuk meneladani Hero idaman mereka, maka hero yang kita pilih
sebagai idola semestinya adalah Hero yang benar dan bukan khayalan yang tentunya lebih
baik dari kita, bersifat terpuji, boleh dipercayai, dan boleh dijadikan rujukan dalam semua
perkara kebaikan.

  Hero itu juga seharusnya mampu menjadi contoh teladan ulung bagi setiap yang ingin
mengikutnya.  Pemberi teladan dalam melakukan kebenaran dan kebaikan tentunya,
bersumber dari ajaran yang benar iaitu tidak lain adalah Islam.
  Seorang tokoh yang semestinya menjadi idola anak-anak Muslim adalah Rasulullah SAW,
para sahabat dan pejuang Islam.  Ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam
memberi petunjuk kepada anak-anak tentang siapa yang layak menjadi idola mereka.  Siapa
yang menjadi tokoh idola anak-anak akan mempengaruhi arah cita-cita mereka.

  Islam sejak lama dahulu menjadi magnet kuat bagi manusia yang cintakan kebenaran.
Keperibadian Nabi Muhammad SAW sudah pasti menjadi salah satu daya tarikannya.  Para
sahabat menjadikan baginda sebagai guru, sahabat, sekaligus hero dalam kehidupan mereka.
  Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada
(diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat)
Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” [TMQ al-Ahzab (33): 21]

  Rasulullah SAW telah memberikan inspirasi kepada ramai umat manusia.  Islam yang
dibawanya mampu menjadi sumber keberanian dan motivasi dalam hidup, maka ramai dari
pengikut Muhammad SAW yang tadinya manusia biasa menjadi luar biasa.  Mereka menjadi
hero di antara para hero dan tentunya layak dan pantas dijadikan hero dalam kehidupan kita
dengan cara meneladaninya.

  Selain Rasulullah SAW, ada beberapa tokoh lain yang boleh kita kenalkan pada anak-anak.
Antara lain adalah Khalid bin Al-Walid. seorang panglima perang yang termasyhur dan ditakuti
di medan perang serta digelar “pedang Allah yang terhunus”.  Dia adalah salah seorang dari
panglima-panglima perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang perjuangannya.  Begitu
juga Usamah bin Zaid, seorang pemuda, yang dilantik sebagai panglima perang pada usia 17
tahun, kerana dia dikenali sebagai pemuda yang berani dan tangkas.  Tidak kurang juga
Muhammad Al-Fatih penakluk Konstantinopel, yang kepimpinannya dikagumi ramai kawan dan
lawan serta taktik dan strategi peperangannya yang dikatakan terkehadapan pada zamannya.
Dan masih ramai lagi pahlawan-pahlawan Islam lain yang layak untuk dijadikan idola.
Mudah-mudahan anak-anak kita dapat mencontohi mereka semua.Wallahu ‘alam. (Petikan: HT)

:: Kenangan Terindah Aku Ke Mekah ::

Kenangan terindah di Mekah..

Di Mina tempat untuk melakukan 'pelontaran batu'....

Hehehehe dah macam askar dah dgn seluar coreng tu..


Bersama mak dan bapa angkat ku sewaktu disana...

Imbauan kenangan sewaktu aku berumur 9 thn dan ketika itulah aku 'dijemput' utk menunaikan umrah bersama kedua ibu bapa ku.Hurmmm..masih segar lagi ingatan ku semua kenangan disana seperti ianya baru berlaku semalam dalam kehidupan aku.Kenangan ini akan aku simpan serapi helaian muka surat buku agar sehelai dari coretan hidup aku bersama arwah abah tidak akan tercicir dalam ingatan aku.Terima kasih abah kerana engkau telah membawa aku ke suatu tempat yg mempunyai seindah-indah ketenangan.Dan sekarang aku sudah dewasa sepertinya hati ku seolah terpanggil utk kesana lagi.Begitu juga dengan suami aku yang sudah mengajak aku ke sana.Cuma 'daya' aku masih belum boleh meninggalkan anak-anak aku yg masih kecil ini.Tunggulah...andai ada rezeki tidak kemana dan mungkin Allah menjemput aku seluruh keluarga, SIAPA TAHU kan????? Amiiiiiinnnnn.....

:: Tudung Pink Yg Comel ::

Paling comel dapat belon Love
lebih kurang mcm nilah.Tak dpt
nak tunjuk pic sebenar sbb dah
pecah akibat kerakusan anak2 ku
berebut...Grrrrrr

Tudung Pink ..Comelnye...

Alhamdulillah...dpt gift dari En.HusB
malam semalam.Katanya padaku
"Nah yang tanda terima kasih lagi".
Oucch~ touching...