Selasa, 12 Julai 2011

:: Pertama kalinya hari bapa yg menyentuh perasaan ::

Betul tak bila kita duduk sorang2 mcm2 fikiran yg dtg menjengah kotak minda kita?  Yg tak di jemput bertandang mengetuk pintu hati dan sanubari ni.Menghela nafas panjang bagaikan saat pertama menghirup udara pinjaman Ilahi ini.Lalu hati yg kecil sarat dgn segala rasa yg sukar utk di gambarkan membuatkan aku lalai dan terbuai didalam pelayaran perasaan yg tidak bertepian ini....
Kepada Mu Ya Allah aku memohon agar diberi pinjaman kekuatan utk aku lalui segala duka yg menghimpit perasaan ini.Perasaan yg sgt merindui seorg lelaki yg bergelar 'Abah'.Dan abah kini sudah meninggalkan aku dan mungkin abah sdg tenang disana.Ya aku punyai abah yg hebat,tidak pernah sekali pun aku kebuluran makanan krn jihad abah mencari rezeki tidak pernah mengenal erti berputus asa.Malah abah sempat bagi aku dan keluarga aku merasa pelbagai nikmat dunia dan abah jugaklah yg mengajar aku 'mengenal' Allah..
Tapi kini talian kasih abah sudah tiada.Pemergian abah seumpama hilangnya separuh dari kekuatan aku utk menongkah dunia.Abahlah sebaik2 penasihat buat aku ketika aku mengalami sebarang masalah kerana abah seorang yg sgt yakin pada janji2 Allah.Jadi apa yg keluar dari patah perkataan abah adalah umpama sebutir mutiara yg bersinar...Kini tinggallah saja pesanannya utk menjadi tanda ingatan buat diri aku...
Pertama kalinya aku menyambut hari bapa tanpa seorg bapa merupakan saat paling getir utk diraikan.Aku bagaikan takut utk menghadapi hari bapa yg bakal dtg.Jika aku punyai kuasa akan aku hapuskan hari bapa supaya aku tidak sedar akan kehilangan bapa aku. Namun aku hanyalah insan biasa yg perlu kuat menongkah arus yg mendatang.Melawan badai perasaan yg menghempas sehingga luka yg paling dalam harus aku tempuhi jua.Walaupun sedihnya hati ini apabila sering teringatkan belaian abah,pelukan abah,ciuman abah dan gelak tawa usik mengusik abah terhadap aku hanya Tuhan yg tahu.Ya Allah...aku merinduinya..rindu yg amat...
Dulu,apabila aku melihat org lain kehilangan ibu bapa aku juga turut merasa sedih dan apabila sekarang aku sendiri yg melaluinya,tahukah engkau??? Apakah rasanya??? Bisakah kesedihan ini sentiasa tersembunyi??? Apakah yg kau harapkan??? Hanyalah 'peperangan' dalam perasaan sendiri...
Aku cuba ubatinya dgn selalu mengingatinya.Memberinya apa yg termampu melalui 'talian' doa2 ku.Itu sajakan yg ku mampu utk membutikkan pada abah yg sdg 'disana' bahawa aku lebih menyayanginya walaupun abah sudah tiada.Tiada di mata aku cuma tetapi dihati aku abah hidup bagai 1000 tahun lagi...
Sekarang dan sekarang...aku tetap melalui hari bapa kerana hari bapa juga penting dalam kemanisan hidup aku yg bergelar seorg isteri dan ibu kpd anak2 aku.Sudah tentu suami ku harus diraikan dgn sebaik mungkin setelah dia berjaya menjdai bapa yg sgt baik buat anak2nya.Pasti! aku akan tetap meraikannya bukan hanya untuk suamiku tetapi juga untk abah ku.Disebabkan itu aku memupuk kasih sayang dari seorg anak kpd bapanya terhadap anak2 aku supaya mereka sentiasa mengenang jasa dan mereka harus menunjukkn kasih sayangnya kpd ayah mereka sebelum semuanya terlambat................





:: Gosh! Aku perlukan almari baru ::


Penaaaaaatnyeee...kemas punya kemas gitu jugak.Sumbat sana,sumbat sini still serabut. Puas mengasingkan baju2 jalan ni ikut jenis.Ada stok yang sampai terpaksa aku bungkus dlm plastic sebab tak tahu nak letak mana.Yang tambah pening bila nak mula gantung baju2 raya yang dah beli hari tu.Adalah 4 bungkusan.Baju basahan senang jer tak payah bergantung, lipat  aku masukkan dlm laci plastic tingkat2 tu je.Hadooiii camne ni??? Kalau terlampau penuh nanti yg dah gosok sia2 je kan berkedut balik sebab terhimpit2.Nak bagi orang  ke? Owhh tidak.Sayang wooo... Ni baru anak 3.Bilik pun kecik.Nak letak almari banyak2 kang dah mcm kedai perabut pulak.Arghhhhh...tension...tapi still gak kena ada extra almari kan... "En.HusB.. nak almari baruuuuu!!!!!!!!". Kenapalah bila duduk rumah ni mcm2 benda yg aku tgok serabut..issshhhh....

:: Mainan BATMAN utk Si Abg Rizq ::

Kadang2kan naik cemburu tau dgn  anak2 ni,
yelah si Ayah cuba nak penuhkan permintaan
anak2nya..jelezz memain je lah..hihi dah anak kita
apa nak dijelezkan.. Si abg Rizq dapat mainan BATMAN
ni pun pasal exam setengah tahun hari tu dia score semua
A dan markah semua purata 100%.. Hadiah dari ibu???
Wakakakaka takdolah..hari2 dah bagi  'rotan' waktu study,
hadiah la tuuuu...hihihihihi 

:: Sambal 'Ketuk' cili padi ::

Semua pun dah buat,
semua pun dah settle,
bila tetamu 'bosan' dah dtg,
hurm..kat sinilah tempat menjamu
perasaan.Menu hari ni yg sgt simple
atas request En.HusB.Sambal 'ketuk'
menu favret dia.Simple tapi sedap sgt
bila makan dgn sup2 dan ikan goreng
garing..yum..yum..auuuuch pedassss~

:: The Kisah Stroller COMBI si Baby Iris ::


Hahahahaha ketawa dulu yer..sbb kalau aku teringat mmg gelak sakan ngan En.HusB aku.Mana taknya stroller punya kisah boleh buat org sekeliling Jusco gelak  sampai lebam..sikit pun diorg tak coverline nak gelakkan kitaorg..hihi.. Masa preggy anak pertama dulu biasalah kan semua brg baru.Serba serbi nak satu setlah kekonon.Darilah baju baby sampailah ke set bilik tidur baby. Ku rasa semua bakal2 ibu dah memang terbeli sekali pakej 'penyakit' SEMUA NAK ni kan..hihi.So nak dijadikan cerita,stroller baby pertama aku,kami husband n wife pilih stroller brand biasa je harga pun murah dlm 300 lebih je.Yelah masing2 tak tahu ada jenis2 dan kualiti yg berbeza.So kami belilah yg biasa2 je.Nak tahu tak stroller tu kami pakai sampai anak ke2.Kalau kiraan umur stroller tu ada lah lebih kurg 6 thn.Haaa...lamakan??? Mmmg lama dan berbaloi gitu..hihiiii.. Klau diikutkan husB ku tu masa anak ke2 dia nak beli baru jugak katanya "dah ada karat sikitlah yang" tapi ku membantah sebab pada ku masih  boleh digunakan lagi.So taklah beli wlpun 'member' bengkak hati sbb tk dpt beli yg baru utk anak baru dia.Jadi kami pakailah stroller tu kehulu kehilir sekian lamanya. Sampailah kami bercita-cita nak tambah anak lagi.Tibalah satu hari kisahnya apabila kami sekeluarga keluar berjalan2 di Jusco kononnya nak beriadah selepas aku habis pantang sambil bawak baby berjalan2. HusB ku dah sound masa nak keluarkan stroller lama utk gunakan semula.. "yang..b tgok stroller ni makin karat yang..ada roboh tengah jln kang,syglah yg tolak b tak nak"  kata HusB ku. Punyalah dia segan dan 'meyampah' tengok stroller tu sampai dia kata aku kedekut tak bertempat.Bukan kedekut tapi memang kedekut pun..wakakakaaka.. taklah,boleh jimat kita jimatlah kan.Sambung balik..ngeee...kami pun pergilah Jusco,biasalahkan ikut perjanjian ku yg kena tolak baby kan..So aku buatlah dgn rela hati.Jalan punya jalan sampailah si kekwat Aisy tu kepenatan berjalan.Dah tak laratlah tu.Aku pun dgn tak terfikir langsung offer  si Aisy utk naik sama dgb baby Iris tanpa memikirkan keadaan stroller yg umpama besi buruk menunggu waktu di hantar ke kedai besi buruk.Hahaha... Mula2 ok aje aku pun takdelah terasa lain ke.Tiba-tiba bunyi sesuatu yg pelik. 'praaaaapppp!!!!!' Hambik kau besi cantuman diantara roda stroller tu patah dua.Anak-anak aku hampir terbalik ke belakang kerana stroller tu hilang imbangan.Apalagi keadaan menjadi kecoh dan kelam kabut. Cuma yg bengangnya org sekeliling tengok sambil senyum kambing dan ada jugak yg datang nak tolong.Yg aku geram si HusB ku boleh tumpang semangkuk gelakkan aku sambil tangan tunjuk GOOD memerli aku.Apalagi dia angkat stroller tu dan bawak kemana entah aku pun tak tahu katanya 'nak campak' amboii marah sungguh dia hehehe.Lepas itu dia pun heret kami anak beranak ke bahagian keperluan barang baby di tingkat atas JUSCO tu.Aku cuma memerhatikan saja gelagatnya yang begitu asyik mencari sesuatu.Tepat tekaan ku memang dia nak beli stroller baru.Pilih punya pilih dan aku lihat begitu tekun dia mendegar penerangan dari jurujual JUSCO tu sehinggalah ke satu kawasan yg membuatkan aku berderauuu..Aku menghampirinya dgn niat nak  'menjampi' nya dari belakang. 'Fuh..fuh' ku tiup di belakang badannya dgn harapan doa ku berhasil agar dia tak beli stroller jenama mahal tu.Ya,memang berhasil... berhasil membuatkan dia mengangkat stroller jenama COMBI ke cashier terus utk membuat pembayaran. Macam nak fengsan aku melihat cashier man tu menekan butang digit di mesin wang tersebut.Yg aku terkedu tu sebab husB ku langsung tak mintak persetujuan aku mengenai stroller COMBI tu.Agaknya kan dia tahu kalau tanya aku compom aku takkan setuju punya..hehehe..Selesai sesi pembayaran kami pun pulang dgn stroller baru berwarna purlpe seperti gambar di atas tu.Siapa tolak? Hihihi tentulah si Ayah sebab stroller barukan.Sepanjang  jalan menuju ke kereta aku berleter merungut sbb beli stroller terlalu mahal. Aku pun trylah tolak.Maaaaak aaiiii ringannya.Dalam hati ku "Ringannye jadah ni patutlah mahal'' . Barulah aku berhenti merungut sebab aku dah tahu kualiti COMBI special edition  miracle turn berharga RM1799 ni.(telan air liurkan tgok nombor ni). Nak dihabiskan cerita,  di dalam kereta sambil kami berbual-bual si HusB mencapai tangan aku sambil berkata "yang..sayang tahu tak kenapa B beli stroller mahal? Sebab B nak suruh sayang beranak banyak-banyak,boleh pakai lama.." Gullppsss~Aduuuuiiiiiiiiii habislah aku...............