Selasa, 12 Julai 2011

:: Pertama kalinya hari bapa yg menyentuh perasaan ::

Betul tak bila kita duduk sorang2 mcm2 fikiran yg dtg menjengah kotak minda kita?  Yg tak di jemput bertandang mengetuk pintu hati dan sanubari ni.Menghela nafas panjang bagaikan saat pertama menghirup udara pinjaman Ilahi ini.Lalu hati yg kecil sarat dgn segala rasa yg sukar utk di gambarkan membuatkan aku lalai dan terbuai didalam pelayaran perasaan yg tidak bertepian ini....
Kepada Mu Ya Allah aku memohon agar diberi pinjaman kekuatan utk aku lalui segala duka yg menghimpit perasaan ini.Perasaan yg sgt merindui seorg lelaki yg bergelar 'Abah'.Dan abah kini sudah meninggalkan aku dan mungkin abah sdg tenang disana.Ya aku punyai abah yg hebat,tidak pernah sekali pun aku kebuluran makanan krn jihad abah mencari rezeki tidak pernah mengenal erti berputus asa.Malah abah sempat bagi aku dan keluarga aku merasa pelbagai nikmat dunia dan abah jugaklah yg mengajar aku 'mengenal' Allah..
Tapi kini talian kasih abah sudah tiada.Pemergian abah seumpama hilangnya separuh dari kekuatan aku utk menongkah dunia.Abahlah sebaik2 penasihat buat aku ketika aku mengalami sebarang masalah kerana abah seorang yg sgt yakin pada janji2 Allah.Jadi apa yg keluar dari patah perkataan abah adalah umpama sebutir mutiara yg bersinar...Kini tinggallah saja pesanannya utk menjadi tanda ingatan buat diri aku...
Pertama kalinya aku menyambut hari bapa tanpa seorg bapa merupakan saat paling getir utk diraikan.Aku bagaikan takut utk menghadapi hari bapa yg bakal dtg.Jika aku punyai kuasa akan aku hapuskan hari bapa supaya aku tidak sedar akan kehilangan bapa aku. Namun aku hanyalah insan biasa yg perlu kuat menongkah arus yg mendatang.Melawan badai perasaan yg menghempas sehingga luka yg paling dalam harus aku tempuhi jua.Walaupun sedihnya hati ini apabila sering teringatkan belaian abah,pelukan abah,ciuman abah dan gelak tawa usik mengusik abah terhadap aku hanya Tuhan yg tahu.Ya Allah...aku merinduinya..rindu yg amat...
Dulu,apabila aku melihat org lain kehilangan ibu bapa aku juga turut merasa sedih dan apabila sekarang aku sendiri yg melaluinya,tahukah engkau??? Apakah rasanya??? Bisakah kesedihan ini sentiasa tersembunyi??? Apakah yg kau harapkan??? Hanyalah 'peperangan' dalam perasaan sendiri...
Aku cuba ubatinya dgn selalu mengingatinya.Memberinya apa yg termampu melalui 'talian' doa2 ku.Itu sajakan yg ku mampu utk membutikkan pada abah yg sdg 'disana' bahawa aku lebih menyayanginya walaupun abah sudah tiada.Tiada di mata aku cuma tetapi dihati aku abah hidup bagai 1000 tahun lagi...
Sekarang dan sekarang...aku tetap melalui hari bapa kerana hari bapa juga penting dalam kemanisan hidup aku yg bergelar seorg isteri dan ibu kpd anak2 aku.Sudah tentu suami ku harus diraikan dgn sebaik mungkin setelah dia berjaya menjdai bapa yg sgt baik buat anak2nya.Pasti! aku akan tetap meraikannya bukan hanya untuk suamiku tetapi juga untk abah ku.Disebabkan itu aku memupuk kasih sayang dari seorg anak kpd bapanya terhadap anak2 aku supaya mereka sentiasa mengenang jasa dan mereka harus menunjukkn kasih sayangnya kpd ayah mereka sebelum semuanya terlambat................





Tiada ulasan:

Catat Ulasan