Selasa, 12 Julai 2011

:: The Kisah Stroller COMBI si Baby Iris ::


Hahahahaha ketawa dulu yer..sbb kalau aku teringat mmg gelak sakan ngan En.HusB aku.Mana taknya stroller punya kisah boleh buat org sekeliling Jusco gelak  sampai lebam..sikit pun diorg tak coverline nak gelakkan kitaorg..hihi.. Masa preggy anak pertama dulu biasalah kan semua brg baru.Serba serbi nak satu setlah kekonon.Darilah baju baby sampailah ke set bilik tidur baby. Ku rasa semua bakal2 ibu dah memang terbeli sekali pakej 'penyakit' SEMUA NAK ni kan..hihi.So nak dijadikan cerita,stroller baby pertama aku,kami husband n wife pilih stroller brand biasa je harga pun murah dlm 300 lebih je.Yelah masing2 tak tahu ada jenis2 dan kualiti yg berbeza.So kami belilah yg biasa2 je.Nak tahu tak stroller tu kami pakai sampai anak ke2.Kalau kiraan umur stroller tu ada lah lebih kurg 6 thn.Haaa...lamakan??? Mmmg lama dan berbaloi gitu..hihiiii.. Klau diikutkan husB ku tu masa anak ke2 dia nak beli baru jugak katanya "dah ada karat sikitlah yang" tapi ku membantah sebab pada ku masih  boleh digunakan lagi.So taklah beli wlpun 'member' bengkak hati sbb tk dpt beli yg baru utk anak baru dia.Jadi kami pakailah stroller tu kehulu kehilir sekian lamanya. Sampailah kami bercita-cita nak tambah anak lagi.Tibalah satu hari kisahnya apabila kami sekeluarga keluar berjalan2 di Jusco kononnya nak beriadah selepas aku habis pantang sambil bawak baby berjalan2. HusB ku dah sound masa nak keluarkan stroller lama utk gunakan semula.. "yang..b tgok stroller ni makin karat yang..ada roboh tengah jln kang,syglah yg tolak b tak nak"  kata HusB ku. Punyalah dia segan dan 'meyampah' tengok stroller tu sampai dia kata aku kedekut tak bertempat.Bukan kedekut tapi memang kedekut pun..wakakakaaka.. taklah,boleh jimat kita jimatlah kan.Sambung balik..ngeee...kami pun pergilah Jusco,biasalahkan ikut perjanjian ku yg kena tolak baby kan..So aku buatlah dgn rela hati.Jalan punya jalan sampailah si kekwat Aisy tu kepenatan berjalan.Dah tak laratlah tu.Aku pun dgn tak terfikir langsung offer  si Aisy utk naik sama dgb baby Iris tanpa memikirkan keadaan stroller yg umpama besi buruk menunggu waktu di hantar ke kedai besi buruk.Hahaha... Mula2 ok aje aku pun takdelah terasa lain ke.Tiba-tiba bunyi sesuatu yg pelik. 'praaaaapppp!!!!!' Hambik kau besi cantuman diantara roda stroller tu patah dua.Anak-anak aku hampir terbalik ke belakang kerana stroller tu hilang imbangan.Apalagi keadaan menjadi kecoh dan kelam kabut. Cuma yg bengangnya org sekeliling tengok sambil senyum kambing dan ada jugak yg datang nak tolong.Yg aku geram si HusB ku boleh tumpang semangkuk gelakkan aku sambil tangan tunjuk GOOD memerli aku.Apalagi dia angkat stroller tu dan bawak kemana entah aku pun tak tahu katanya 'nak campak' amboii marah sungguh dia hehehe.Lepas itu dia pun heret kami anak beranak ke bahagian keperluan barang baby di tingkat atas JUSCO tu.Aku cuma memerhatikan saja gelagatnya yang begitu asyik mencari sesuatu.Tepat tekaan ku memang dia nak beli stroller baru.Pilih punya pilih dan aku lihat begitu tekun dia mendegar penerangan dari jurujual JUSCO tu sehinggalah ke satu kawasan yg membuatkan aku berderauuu..Aku menghampirinya dgn niat nak  'menjampi' nya dari belakang. 'Fuh..fuh' ku tiup di belakang badannya dgn harapan doa ku berhasil agar dia tak beli stroller jenama mahal tu.Ya,memang berhasil... berhasil membuatkan dia mengangkat stroller jenama COMBI ke cashier terus utk membuat pembayaran. Macam nak fengsan aku melihat cashier man tu menekan butang digit di mesin wang tersebut.Yg aku terkedu tu sebab husB ku langsung tak mintak persetujuan aku mengenai stroller COMBI tu.Agaknya kan dia tahu kalau tanya aku compom aku takkan setuju punya..hehehe..Selesai sesi pembayaran kami pun pulang dgn stroller baru berwarna purlpe seperti gambar di atas tu.Siapa tolak? Hihihi tentulah si Ayah sebab stroller barukan.Sepanjang  jalan menuju ke kereta aku berleter merungut sbb beli stroller terlalu mahal. Aku pun trylah tolak.Maaaaak aaiiii ringannya.Dalam hati ku "Ringannye jadah ni patutlah mahal'' . Barulah aku berhenti merungut sebab aku dah tahu kualiti COMBI special edition  miracle turn berharga RM1799 ni.(telan air liurkan tgok nombor ni). Nak dihabiskan cerita,  di dalam kereta sambil kami berbual-bual si HusB mencapai tangan aku sambil berkata "yang..sayang tahu tak kenapa B beli stroller mahal? Sebab B nak suruh sayang beranak banyak-banyak,boleh pakai lama.." Gullppsss~Aduuuuiiiiiiiiii habislah aku...............

Tiada ulasan:

Catat Ulasan