Isnin, 21 Jun 2010

Aku Nak KURUSSZZ !








Tengok gambar atas tu! Aku tak nak jadi macam itu ! Aku nak kurusssz! Help! Help! Mak minah help me... Abang satay help me tolong pergi jauh-jauh dr kawasan perumahan aku! Diorang peniaga berdekatan rumah aku.Sorang jual sarapan pagi yg sedaaaap sgt,yg sorang lagi jual satay malam2.Siap lalu depan rumah orang lagi jual satay.Pon! Pon! satay...sataaay.... Arghhhh... aku berserta pinggan terus berdesup lari ke luar rumah.Untuk apa? Untuk apalagi... Beli satay lerrrrr...  Ini semua kerana cerita 4 tahun yg lepas apabila aku disahkan hamil anak pertama.Syukurnya dan gembiranya suami apabila aku mengandungkan anaknya. Apalagi,episod mengada-mengada bermulalah.Bila perut sudah 'berisi' lagi-lagi anak pertama,hubby aku layan aku,amboiiiii,macam puteri kembang semangkuk tau.Hubby jaga QALBU aku dgn baik sekali.Asik... Lalalalala.. Apa aku minta hubby turutkan.Pantang sebut,TINK*** dah ada.Macam magiclah pulak.Masa awal hamil,aku tak selera makan,semua masuk 'diproses' keluarkan balik.Tapi bila  sudah masuk 3,4 bulan,selera aku dah mula mengembang sama seperti kembangnya perut aku.Aku mula makan tanpa mengira waktu,yang aku kira cumalah,1..2..3..tak cukuplah roti canai  ni,nak lagi.Haish... Jam di rumah aku pun macam tak berfungsi,walhal aku tanya hubbyku, "b jam ni ok kan,tapi kenapa dah pukul 2 pagi pun lapar.B....?" Mulalah aku merayu.Aku jadi hantu pengidam ROTI CANAI.Siang malam aku cekik roti canai.Bertambah parah bila 'supplier' ada di sebelah tempat aku bekerja.Restoran Mamak.Pagi-pagi bila masuk kerja,tengah menyapu sampah,tiba-tiba aroma roti canai singgah di hidung aku.Aku terus berteriak depan pintu kedai ku"macha,roti canai banjir sattu...eh tiga,tiga!" Kata ku tiga keping.Hari demi hari itulah makanan kegemaran aku.Walaupun sebelum ini aku cukup tak selera dgn tangan berbulu macha tebar roti tu.Sudahlah berbulu,berkarat pulak tu.Yang lagi memualkan aku,aku selalu nampak bila dia sedang uli tepung,lebihan tepung yang terlekat sehingga pergelangan tangan tu,dia *kaup* (kesat ke bawah) dan jadilah sebiji adunan roti yang dah bercampur dengan garam 'asli' iaitu peluh dia dan hirisan 'keju' iaitu bulu tangan dia.Uweeeeek,lepas ni korang semua mesti tak selera makan roti canai lagikan? Hahahahahaha... Hari demi hari berat badan aku  naik sehingga 40kg! Ulang 40kg!.Dan sehinggalah sekarang aku 'membesar' bagai kanak-kanak ribena yg sihat.Tapi....... huhuhuhu...sekarang dah tak sihat,bila badan makin berat,semua jadi sakit.Pergi mana2 tension tengok size kerusi.Takut roboh! Memang aku buat2 pengsan kalau aku duduk tiba2 roboh.Malu sei.Baju pun susah cari.Kalau ada pun mahal.Bila pergi mana2 soalan cepu emas yg aku selalu dapat " eh asal dah gedebab ni,dulu anak dara bukan main lawa lg? " Tanya Si Penanya yg mulutnya Insurans cover tinggi.Jumpa kawan2 baru atau lama,semua cakap,muka aku baby face,tapi bila tang badan mcm org kuning DIGISakitnya QALBU aku! So,sekarang aku tgh cari lagi teknik lain utk kurus.Sebab aku dah tak sanggup bila hubby aku boleh sorok belakang aku! Waaaaaaaaaaa...

Pesanan: Bagi yg hamil atau akan hamil,jangan ikutkan sangat perasaan tu.Berpada-pada. Kalau tak nanti jadi macam sayaaaa...

~ Sua Sue Kemuning ~

Hai lah mulut,hai lah suara.. Hai lah amy,hai lah shiba! Nasiblah mic tu bkn bnda hidup yg brtelinga,klau tak msti pecah gegendang telinga mic tu ! Hari tu Qalbu kami sungguh hapy!

~ Apa Yg Aku Makan? ~

Yg ni kami gi makan2...makan2. Nampak tak pinggang (opps! pinggan, kami dah tkde pinggang ler!) yg trsusun atas meja tuuu? Haaa,tu lah kami makan brdua,alamaksss,bnyak nyer,ni mkn tuk 3 hr punya laaa...Kt Kg Melayu ni,yg paling Qalbu kami suka makan ialah nasi gorg ayam sambal n yong taufoo n ABC campur + aiscream,asiiik....enak.....

~Menyanyi ke Ceramah ? ~


Ceramah umum? Ramai yg cakap mcm tu bila tgok gambar ni.Padahal aku sedang mnyanyi. Tapi bila pakaian aku tak serupa penyanyi tu yg jd mcm penceramah jemputan.Hahaha... Inilah masalahnya.Mula2 aku sampai di pintu masuk tmpt karaoke tu pun,seribu mata memandang ku.Sampai kakak aku cakap "Kau ni tak merosakkan imej orang berjubah ker?" Katanya. Kami pun ketawa berdekah-dekah."Janji aku dtg sini semua dgn ahli keluarga,suami aku izinkan,dan aku tak duduk silang kaki sambil jari memegang puntung rokok!" Aku jawab.Aku rasa tak salah kalau sesekali aku nak berhibur brsama keluarga.Memanglah nampak pelik,tapi Qalbu aku nak jugak join,tak nak tinggal,huhuhu.Rasanya dah lama sangat aku tak berhibur dgn all the ladies.Yang jadi kelakarnya masa aku nak daftar masuk tu,muka budak kat counter tu macam kena sergah dgn pontianak! Agaknya dlm Qalbu dia,~Alamak,pejabat agama punya org ker nih!~ Walauapapun aku tak kisah ,masing2 punya pandangan.Yang penting aku happy dapat brsama org2 tersayang menghabiskan masa dlm bilik tertutup tu.Perempuan Arab tu berjubah litup pun boleh bersuka ria bersama jubahnya,janji tahu diri sudahlahkan.Sooo,knapa tidak aku kan??!!!!Woooow yeh yeh yeh!

~ Al Kisah 'Buang' Bayi & 'Buang' Bola ~



Hangat! Panas! Membara! Kejam! Tapi tu beberapa bulan yang lepas.Sekarang tag line dah berubah.OOOH! yESZ! GOL! Ermmm,A l Kisah buang bayi dan buang bola bermula pada suatu hari aku dan kawan-kawan perempuan duduk di ruang tamu sambil masing2 sedang asyik menyiapkan gubahan hantaran perkahwinan untuk majlis perkahwinan kawan aku.Biasalah bila perempuan-perempuan bertemu,apalagi kalau bukan buat 'ketupat' yang berbakul-bakul banyaknya! Astarfirullah! Jahatnya mulut dan Qalbu ni.Selain buat ketupat isu yang hangat kami bualkan ialah pasal BOLA ! Tengok tu,perempuan-perempuan bercerita pasal bola@ World Cup! Haish.. Konon Elite sungguh.Aku hanya menganggukkan kepala bila mereka semua meletup-letup excited nak cerita pasal masing-masing tahu pasal perkembangan dunia bola sepak(Sebut betul-betul sepak tu,salah bunyi keluar Bola Sepak Muka! Hahaha)Yang kata aku sokong Jerman,aku sokong Jepun,sampai ke nombor jersi pemain pun tahu.Aku sekadar 'layannnz' keseronokkan mereka.Padahal Qalbu aku berbisik, "Alahai...mak-mak orang ni cerita pasal bola pulak,dulu...." Aku teringat kisah beberapa bulan yang dulu.Baru beberapa bulan yang lepas.Sekejap sungguh masa berlalukan! Aku teringat masa tengah panas berapi pasal cerita buang bayi ni.Mediamasa,media elektronik dan semua rakyat Malaysia asik membahas isu ini.Tapi tiba-tiba suam pula cerita ni.Sebab demam bola melanda.Kes buang bayi dah jadi suam,yang dah demam,World Cup! Aku rewind (putar balik memori aku) treeeeettreetttt,,,treeet,,, Oh,dah ingat apa yang kami bualkan.Masa itu pun masa kami perempuan-perempuan santai-santai dirumah juga sambil minum-minum jus bersama kek coklat.Ermmm..Sedap! Sampai terkeluar-terkeluar air lur kerana kesedapannya.Tapi nak tahu ada lagi air liur lain yang terkeluar masa kami berborak-borak masa tu.Air liur mak-mak orang yang marah sangat bila berbual pasal kes buang bayi ni.Menyembur-nyembur terpercik ke udara yang sedang diputarkan oleh kipas yang laju berputar.Marah betul Mak-Mak,Ibuk-Ibuk ni.Termasuklah aku. Bayangkan ada yang geram sampai terkeluar dialog "Ni semua salah jantan,kalau berani bertanggungjawab,takkan perempuan tu nak buang anak dia.Kalau aku dapat jantan ni aku toreh-toreh 'tuuuut'( tak boleh taip,mak marah,hehehe) dia lepas tu aku siram dengan asid,baru padan muka!" Kata kawan aku ni.Tengok tu marah betulkan,Ada yang kata " Buatlah tempat untuk anak-anak luar nikah" dan macam-macam lagi idea.Aku pun turut tumpang semangkuk sumbang idea yang sumbang mambang.Bagi aku 'menoreh' kepunyaan orang tak kan selesaikan masalah,lebih baik menoreh di pokok getah,membuahkan getah.Salah perempuan juga kerana buat 'Jualan Offer'.Mendirikan tempat berlindung untuk anak-anak luar nikah pun bagi aku tak menyelesaikan masalah. Lagi Menambah bilangan anak terbuang adalah.(Pendapat aku)Seupama seorang ibu berpesan pada anak: "nak pergi mana tu? Ni kan sudah malam" Tanya Mak.Jawab anak perempuan : "Alah mak ni,keluar dgn kawan je lah!" " Yelah,nak pergi mak kasi,tapi ni dah pukul 9 malam,balik jangan lebih pukul 12 malam yer.." Jawab Mak. Bagi aku salah cara penyelesaian.Tiada beza antara sebelum pukul 12 malam atau selepas 12 malam.Yang nyata anak itu tetap keluar rumah. Betul tak???? Jadi bila aku lihat kawan-kawan ku semua ambil perihatin kisah ni,aku rasa bersyukurlah jugak sebab sekurang-kurangnya dengan suara ramai mungkin boleh mengutarakan satu cadangan ataupun apa-apa idea yang bernas.Tapi sayang,semuanya sudah suam kembali apabila sekarang kawan-kawan ku ni semua dah tak nak cerita pasal 'buang bayi' sebab dah syioook certa pasal 'buang bola'... Dulunya yang meluap-luap penuh dengan api kemarahan,sekarang sudah diredakan dengan hanya objek bola,yang anak aku sepak-sepak main di halaman rumah.Entahlah,nak komen banyak,aku sendiri tak mampu berbuat apa-apa. Kalau aku atau kamu( iye,kamu) ada idea yang bernas sekalipun,tapi tiada perlaksanaan oleh sesiapa yang mempunyai kuasa,tak dapek eden nak nolong,huhuhu.Bagi aku jalan yang terbaik ialah kita kembali kepada ajaran Al Quran.Kerana penyelesaian ini sebaik-sebaik penyelesian. Sebab aku pernah berbual dengan satu remaja lelaki tentang isu ni dan dia sendiri akui tak takut kalau buat maksiat pun,sebab lelaki boleh lepas tangan,kerana lelaki selalu tak di kesan,kalau kena tangkap kerana berkhalawat dan didapati berzina pun,cuma kena denda atau kena undang2 lain yang termaktub.Kemudian aku tanya : Kalau sah didapati zina,hukumannya sebat 100 kali dikhalayak ramai (bagi yg belum berkahwin) ataupun sula sampai mati dikhalayak ramai (bagi yang sudah berkahwin) takut tak?" Remaja lelaki tu jawab : "Ish,kak,ada ker hukuman mcm tu, takutnya,malu pulak tu org nampak! comfirm tak buat punya " Jawabnya. Positifnya,Dia takut dengan 'cara' perlaksanaan Allah swt memberi hukuman.Mestilah dia takut,bukankah Allah Maha Mengetaui apa yang Hambanya Geruni???.Negatifnya : Dia rasa malu pada manusia,tapi bukan pada Allah.Sedangkan Allah Maha Melihat... Di sebaliknya hanya Allah yang tahu Qalbu kita... Renungkanlah dan kasihanilah bayi-bayi yang tidak berdosa itu.Janganlah buang mereka, apa perasaan Anda (bagi yang melakukannya) apabila sudah hari tua anda,Anda pula dibuang kerumah orang-orang tua?