Isnin, 21 Jun 2010

~ Al Kisah 'Buang' Bayi & 'Buang' Bola ~



Hangat! Panas! Membara! Kejam! Tapi tu beberapa bulan yang lepas.Sekarang tag line dah berubah.OOOH! yESZ! GOL! Ermmm,A l Kisah buang bayi dan buang bola bermula pada suatu hari aku dan kawan-kawan perempuan duduk di ruang tamu sambil masing2 sedang asyik menyiapkan gubahan hantaran perkahwinan untuk majlis perkahwinan kawan aku.Biasalah bila perempuan-perempuan bertemu,apalagi kalau bukan buat 'ketupat' yang berbakul-bakul banyaknya! Astarfirullah! Jahatnya mulut dan Qalbu ni.Selain buat ketupat isu yang hangat kami bualkan ialah pasal BOLA ! Tengok tu,perempuan-perempuan bercerita pasal bola@ World Cup! Haish.. Konon Elite sungguh.Aku hanya menganggukkan kepala bila mereka semua meletup-letup excited nak cerita pasal masing-masing tahu pasal perkembangan dunia bola sepak(Sebut betul-betul sepak tu,salah bunyi keluar Bola Sepak Muka! Hahaha)Yang kata aku sokong Jerman,aku sokong Jepun,sampai ke nombor jersi pemain pun tahu.Aku sekadar 'layannnz' keseronokkan mereka.Padahal Qalbu aku berbisik, "Alahai...mak-mak orang ni cerita pasal bola pulak,dulu...." Aku teringat kisah beberapa bulan yang dulu.Baru beberapa bulan yang lepas.Sekejap sungguh masa berlalukan! Aku teringat masa tengah panas berapi pasal cerita buang bayi ni.Mediamasa,media elektronik dan semua rakyat Malaysia asik membahas isu ini.Tapi tiba-tiba suam pula cerita ni.Sebab demam bola melanda.Kes buang bayi dah jadi suam,yang dah demam,World Cup! Aku rewind (putar balik memori aku) treeeeettreetttt,,,treeet,,, Oh,dah ingat apa yang kami bualkan.Masa itu pun masa kami perempuan-perempuan santai-santai dirumah juga sambil minum-minum jus bersama kek coklat.Ermmm..Sedap! Sampai terkeluar-terkeluar air lur kerana kesedapannya.Tapi nak tahu ada lagi air liur lain yang terkeluar masa kami berborak-borak masa tu.Air liur mak-mak orang yang marah sangat bila berbual pasal kes buang bayi ni.Menyembur-nyembur terpercik ke udara yang sedang diputarkan oleh kipas yang laju berputar.Marah betul Mak-Mak,Ibuk-Ibuk ni.Termasuklah aku. Bayangkan ada yang geram sampai terkeluar dialog "Ni semua salah jantan,kalau berani bertanggungjawab,takkan perempuan tu nak buang anak dia.Kalau aku dapat jantan ni aku toreh-toreh 'tuuuut'( tak boleh taip,mak marah,hehehe) dia lepas tu aku siram dengan asid,baru padan muka!" Kata kawan aku ni.Tengok tu marah betulkan,Ada yang kata " Buatlah tempat untuk anak-anak luar nikah" dan macam-macam lagi idea.Aku pun turut tumpang semangkuk sumbang idea yang sumbang mambang.Bagi aku 'menoreh' kepunyaan orang tak kan selesaikan masalah,lebih baik menoreh di pokok getah,membuahkan getah.Salah perempuan juga kerana buat 'Jualan Offer'.Mendirikan tempat berlindung untuk anak-anak luar nikah pun bagi aku tak menyelesaikan masalah. Lagi Menambah bilangan anak terbuang adalah.(Pendapat aku)Seupama seorang ibu berpesan pada anak: "nak pergi mana tu? Ni kan sudah malam" Tanya Mak.Jawab anak perempuan : "Alah mak ni,keluar dgn kawan je lah!" " Yelah,nak pergi mak kasi,tapi ni dah pukul 9 malam,balik jangan lebih pukul 12 malam yer.." Jawab Mak. Bagi aku salah cara penyelesaian.Tiada beza antara sebelum pukul 12 malam atau selepas 12 malam.Yang nyata anak itu tetap keluar rumah. Betul tak???? Jadi bila aku lihat kawan-kawan ku semua ambil perihatin kisah ni,aku rasa bersyukurlah jugak sebab sekurang-kurangnya dengan suara ramai mungkin boleh mengutarakan satu cadangan ataupun apa-apa idea yang bernas.Tapi sayang,semuanya sudah suam kembali apabila sekarang kawan-kawan ku ni semua dah tak nak cerita pasal 'buang bayi' sebab dah syioook certa pasal 'buang bola'... Dulunya yang meluap-luap penuh dengan api kemarahan,sekarang sudah diredakan dengan hanya objek bola,yang anak aku sepak-sepak main di halaman rumah.Entahlah,nak komen banyak,aku sendiri tak mampu berbuat apa-apa. Kalau aku atau kamu( iye,kamu) ada idea yang bernas sekalipun,tapi tiada perlaksanaan oleh sesiapa yang mempunyai kuasa,tak dapek eden nak nolong,huhuhu.Bagi aku jalan yang terbaik ialah kita kembali kepada ajaran Al Quran.Kerana penyelesaian ini sebaik-sebaik penyelesian. Sebab aku pernah berbual dengan satu remaja lelaki tentang isu ni dan dia sendiri akui tak takut kalau buat maksiat pun,sebab lelaki boleh lepas tangan,kerana lelaki selalu tak di kesan,kalau kena tangkap kerana berkhalawat dan didapati berzina pun,cuma kena denda atau kena undang2 lain yang termaktub.Kemudian aku tanya : Kalau sah didapati zina,hukumannya sebat 100 kali dikhalayak ramai (bagi yg belum berkahwin) ataupun sula sampai mati dikhalayak ramai (bagi yang sudah berkahwin) takut tak?" Remaja lelaki tu jawab : "Ish,kak,ada ker hukuman mcm tu, takutnya,malu pulak tu org nampak! comfirm tak buat punya " Jawabnya. Positifnya,Dia takut dengan 'cara' perlaksanaan Allah swt memberi hukuman.Mestilah dia takut,bukankah Allah Maha Mengetaui apa yang Hambanya Geruni???.Negatifnya : Dia rasa malu pada manusia,tapi bukan pada Allah.Sedangkan Allah Maha Melihat... Di sebaliknya hanya Allah yang tahu Qalbu kita... Renungkanlah dan kasihanilah bayi-bayi yang tidak berdosa itu.Janganlah buang mereka, apa perasaan Anda (bagi yang melakukannya) apabila sudah hari tua anda,Anda pula dibuang kerumah orang-orang tua?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan