Isnin, 21 Jun 2010

Aku Nak KURUSSZZ !








Tengok gambar atas tu! Aku tak nak jadi macam itu ! Aku nak kurusssz! Help! Help! Mak minah help me... Abang satay help me tolong pergi jauh-jauh dr kawasan perumahan aku! Diorang peniaga berdekatan rumah aku.Sorang jual sarapan pagi yg sedaaaap sgt,yg sorang lagi jual satay malam2.Siap lalu depan rumah orang lagi jual satay.Pon! Pon! satay...sataaay.... Arghhhh... aku berserta pinggan terus berdesup lari ke luar rumah.Untuk apa? Untuk apalagi... Beli satay lerrrrr...  Ini semua kerana cerita 4 tahun yg lepas apabila aku disahkan hamil anak pertama.Syukurnya dan gembiranya suami apabila aku mengandungkan anaknya. Apalagi,episod mengada-mengada bermulalah.Bila perut sudah 'berisi' lagi-lagi anak pertama,hubby aku layan aku,amboiiiii,macam puteri kembang semangkuk tau.Hubby jaga QALBU aku dgn baik sekali.Asik... Lalalalala.. Apa aku minta hubby turutkan.Pantang sebut,TINK*** dah ada.Macam magiclah pulak.Masa awal hamil,aku tak selera makan,semua masuk 'diproses' keluarkan balik.Tapi bila  sudah masuk 3,4 bulan,selera aku dah mula mengembang sama seperti kembangnya perut aku.Aku mula makan tanpa mengira waktu,yang aku kira cumalah,1..2..3..tak cukuplah roti canai  ni,nak lagi.Haish... Jam di rumah aku pun macam tak berfungsi,walhal aku tanya hubbyku, "b jam ni ok kan,tapi kenapa dah pukul 2 pagi pun lapar.B....?" Mulalah aku merayu.Aku jadi hantu pengidam ROTI CANAI.Siang malam aku cekik roti canai.Bertambah parah bila 'supplier' ada di sebelah tempat aku bekerja.Restoran Mamak.Pagi-pagi bila masuk kerja,tengah menyapu sampah,tiba-tiba aroma roti canai singgah di hidung aku.Aku terus berteriak depan pintu kedai ku"macha,roti canai banjir sattu...eh tiga,tiga!" Kata ku tiga keping.Hari demi hari itulah makanan kegemaran aku.Walaupun sebelum ini aku cukup tak selera dgn tangan berbulu macha tebar roti tu.Sudahlah berbulu,berkarat pulak tu.Yang lagi memualkan aku,aku selalu nampak bila dia sedang uli tepung,lebihan tepung yang terlekat sehingga pergelangan tangan tu,dia *kaup* (kesat ke bawah) dan jadilah sebiji adunan roti yang dah bercampur dengan garam 'asli' iaitu peluh dia dan hirisan 'keju' iaitu bulu tangan dia.Uweeeeek,lepas ni korang semua mesti tak selera makan roti canai lagikan? Hahahahahaha... Hari demi hari berat badan aku  naik sehingga 40kg! Ulang 40kg!.Dan sehinggalah sekarang aku 'membesar' bagai kanak-kanak ribena yg sihat.Tapi....... huhuhuhu...sekarang dah tak sihat,bila badan makin berat,semua jadi sakit.Pergi mana2 tension tengok size kerusi.Takut roboh! Memang aku buat2 pengsan kalau aku duduk tiba2 roboh.Malu sei.Baju pun susah cari.Kalau ada pun mahal.Bila pergi mana2 soalan cepu emas yg aku selalu dapat " eh asal dah gedebab ni,dulu anak dara bukan main lawa lg? " Tanya Si Penanya yg mulutnya Insurans cover tinggi.Jumpa kawan2 baru atau lama,semua cakap,muka aku baby face,tapi bila tang badan mcm org kuning DIGISakitnya QALBU aku! So,sekarang aku tgh cari lagi teknik lain utk kurus.Sebab aku dah tak sanggup bila hubby aku boleh sorok belakang aku! Waaaaaaaaaaa...

Pesanan: Bagi yg hamil atau akan hamil,jangan ikutkan sangat perasaan tu.Berpada-pada. Kalau tak nanti jadi macam sayaaaa...

2 ulasan:

  1. hmmm aden pun sama gak cuma situasi den tk mengandung tp mcm mengandung..agaknya silap sendiri bila lepas kawin kita dh tk ambil berat soalan penampilan ye la dh ada yg punya tp sebenanrya silap besar kalau tanggapan begitu...yang pasti kita mesti jaga penampilan tk kira situasi...yok kita sama2 berusaha jaga kesihatan ya..!! love u Q...

    BalasPadam
  2. ooo melur sungguh bonar ekau cakap,kito agaknyo lupo tontang penampilan kito pdahal banyak sgguh 'saingan' di luar sano kan,huhhuu... jom kiata mulai dongan semangat yg brterusan,chaiyok!

    BalasPadam