Selasa, 22 Jun 2010

Al-Quran kita di perlekehkan !

(Gambar Sekadar Hiasan) Kawan-kawan,aku geram betul dgn seorang player Facebook ni. Cuba korang pergi Facebook dia atas nama poyo dia :NATASYA GREY dan YAGAMI 'KIRA' LIGHT(Taip ikut ejaan ini).Dia memperlekehkan ayat Al-Quran.Tak tertulis rasanya jari-jemari aku yg diberi pinjam oleh Allah SWT ni pasal statement dia.PERGI lah kawan-kawan,walaupun kita sekadar memberi serangan balas mengunakan 'keyboard',walaupun nampak usaha kecil,tetapi ia besar nilainya di sisi Allah SWT...Siapalah yang boleh mempertahankan Agama kita kalau bukan kita. Mungkin aku,dia atau mungkin juga Awak??? Iye Awak! .Lagi teruk bila halaman di FACEBOOK atas nama kumpulan ~ Muslimah adalah wanita yang paling menderita dibumi ~. Mengeluarkan statement kurang sopan apabila dia dan pengikut-pengikutnya mengutuk Nabi kita Nabi Muhammad SAW...Astarfirullah...

Isnin, 21 Jun 2010

Aku Nak KURUSSZZ !








Tengok gambar atas tu! Aku tak nak jadi macam itu ! Aku nak kurusssz! Help! Help! Mak minah help me... Abang satay help me tolong pergi jauh-jauh dr kawasan perumahan aku! Diorang peniaga berdekatan rumah aku.Sorang jual sarapan pagi yg sedaaaap sgt,yg sorang lagi jual satay malam2.Siap lalu depan rumah orang lagi jual satay.Pon! Pon! satay...sataaay.... Arghhhh... aku berserta pinggan terus berdesup lari ke luar rumah.Untuk apa? Untuk apalagi... Beli satay lerrrrr...  Ini semua kerana cerita 4 tahun yg lepas apabila aku disahkan hamil anak pertama.Syukurnya dan gembiranya suami apabila aku mengandungkan anaknya. Apalagi,episod mengada-mengada bermulalah.Bila perut sudah 'berisi' lagi-lagi anak pertama,hubby aku layan aku,amboiiiii,macam puteri kembang semangkuk tau.Hubby jaga QALBU aku dgn baik sekali.Asik... Lalalalala.. Apa aku minta hubby turutkan.Pantang sebut,TINK*** dah ada.Macam magiclah pulak.Masa awal hamil,aku tak selera makan,semua masuk 'diproses' keluarkan balik.Tapi bila  sudah masuk 3,4 bulan,selera aku dah mula mengembang sama seperti kembangnya perut aku.Aku mula makan tanpa mengira waktu,yang aku kira cumalah,1..2..3..tak cukuplah roti canai  ni,nak lagi.Haish... Jam di rumah aku pun macam tak berfungsi,walhal aku tanya hubbyku, "b jam ni ok kan,tapi kenapa dah pukul 2 pagi pun lapar.B....?" Mulalah aku merayu.Aku jadi hantu pengidam ROTI CANAI.Siang malam aku cekik roti canai.Bertambah parah bila 'supplier' ada di sebelah tempat aku bekerja.Restoran Mamak.Pagi-pagi bila masuk kerja,tengah menyapu sampah,tiba-tiba aroma roti canai singgah di hidung aku.Aku terus berteriak depan pintu kedai ku"macha,roti canai banjir sattu...eh tiga,tiga!" Kata ku tiga keping.Hari demi hari itulah makanan kegemaran aku.Walaupun sebelum ini aku cukup tak selera dgn tangan berbulu macha tebar roti tu.Sudahlah berbulu,berkarat pulak tu.Yang lagi memualkan aku,aku selalu nampak bila dia sedang uli tepung,lebihan tepung yang terlekat sehingga pergelangan tangan tu,dia *kaup* (kesat ke bawah) dan jadilah sebiji adunan roti yang dah bercampur dengan garam 'asli' iaitu peluh dia dan hirisan 'keju' iaitu bulu tangan dia.Uweeeeek,lepas ni korang semua mesti tak selera makan roti canai lagikan? Hahahahahaha... Hari demi hari berat badan aku  naik sehingga 40kg! Ulang 40kg!.Dan sehinggalah sekarang aku 'membesar' bagai kanak-kanak ribena yg sihat.Tapi....... huhuhuhu...sekarang dah tak sihat,bila badan makin berat,semua jadi sakit.Pergi mana2 tension tengok size kerusi.Takut roboh! Memang aku buat2 pengsan kalau aku duduk tiba2 roboh.Malu sei.Baju pun susah cari.Kalau ada pun mahal.Bila pergi mana2 soalan cepu emas yg aku selalu dapat " eh asal dah gedebab ni,dulu anak dara bukan main lawa lg? " Tanya Si Penanya yg mulutnya Insurans cover tinggi.Jumpa kawan2 baru atau lama,semua cakap,muka aku baby face,tapi bila tang badan mcm org kuning DIGISakitnya QALBU aku! So,sekarang aku tgh cari lagi teknik lain utk kurus.Sebab aku dah tak sanggup bila hubby aku boleh sorok belakang aku! Waaaaaaaaaaa...

Pesanan: Bagi yg hamil atau akan hamil,jangan ikutkan sangat perasaan tu.Berpada-pada. Kalau tak nanti jadi macam sayaaaa...

~ Sua Sue Kemuning ~

Hai lah mulut,hai lah suara.. Hai lah amy,hai lah shiba! Nasiblah mic tu bkn bnda hidup yg brtelinga,klau tak msti pecah gegendang telinga mic tu ! Hari tu Qalbu kami sungguh hapy!

~ Apa Yg Aku Makan? ~

Yg ni kami gi makan2...makan2. Nampak tak pinggang (opps! pinggan, kami dah tkde pinggang ler!) yg trsusun atas meja tuuu? Haaa,tu lah kami makan brdua,alamaksss,bnyak nyer,ni mkn tuk 3 hr punya laaa...Kt Kg Melayu ni,yg paling Qalbu kami suka makan ialah nasi gorg ayam sambal n yong taufoo n ABC campur + aiscream,asiiik....enak.....

~Menyanyi ke Ceramah ? ~


Ceramah umum? Ramai yg cakap mcm tu bila tgok gambar ni.Padahal aku sedang mnyanyi. Tapi bila pakaian aku tak serupa penyanyi tu yg jd mcm penceramah jemputan.Hahaha... Inilah masalahnya.Mula2 aku sampai di pintu masuk tmpt karaoke tu pun,seribu mata memandang ku.Sampai kakak aku cakap "Kau ni tak merosakkan imej orang berjubah ker?" Katanya. Kami pun ketawa berdekah-dekah."Janji aku dtg sini semua dgn ahli keluarga,suami aku izinkan,dan aku tak duduk silang kaki sambil jari memegang puntung rokok!" Aku jawab.Aku rasa tak salah kalau sesekali aku nak berhibur brsama keluarga.Memanglah nampak pelik,tapi Qalbu aku nak jugak join,tak nak tinggal,huhuhu.Rasanya dah lama sangat aku tak berhibur dgn all the ladies.Yang jadi kelakarnya masa aku nak daftar masuk tu,muka budak kat counter tu macam kena sergah dgn pontianak! Agaknya dlm Qalbu dia,~Alamak,pejabat agama punya org ker nih!~ Walauapapun aku tak kisah ,masing2 punya pandangan.Yang penting aku happy dapat brsama org2 tersayang menghabiskan masa dlm bilik tertutup tu.Perempuan Arab tu berjubah litup pun boleh bersuka ria bersama jubahnya,janji tahu diri sudahlahkan.Sooo,knapa tidak aku kan??!!!!Woooow yeh yeh yeh!

~ Al Kisah 'Buang' Bayi & 'Buang' Bola ~



Hangat! Panas! Membara! Kejam! Tapi tu beberapa bulan yang lepas.Sekarang tag line dah berubah.OOOH! yESZ! GOL! Ermmm,A l Kisah buang bayi dan buang bola bermula pada suatu hari aku dan kawan-kawan perempuan duduk di ruang tamu sambil masing2 sedang asyik menyiapkan gubahan hantaran perkahwinan untuk majlis perkahwinan kawan aku.Biasalah bila perempuan-perempuan bertemu,apalagi kalau bukan buat 'ketupat' yang berbakul-bakul banyaknya! Astarfirullah! Jahatnya mulut dan Qalbu ni.Selain buat ketupat isu yang hangat kami bualkan ialah pasal BOLA ! Tengok tu,perempuan-perempuan bercerita pasal bola@ World Cup! Haish.. Konon Elite sungguh.Aku hanya menganggukkan kepala bila mereka semua meletup-letup excited nak cerita pasal masing-masing tahu pasal perkembangan dunia bola sepak(Sebut betul-betul sepak tu,salah bunyi keluar Bola Sepak Muka! Hahaha)Yang kata aku sokong Jerman,aku sokong Jepun,sampai ke nombor jersi pemain pun tahu.Aku sekadar 'layannnz' keseronokkan mereka.Padahal Qalbu aku berbisik, "Alahai...mak-mak orang ni cerita pasal bola pulak,dulu...." Aku teringat kisah beberapa bulan yang dulu.Baru beberapa bulan yang lepas.Sekejap sungguh masa berlalukan! Aku teringat masa tengah panas berapi pasal cerita buang bayi ni.Mediamasa,media elektronik dan semua rakyat Malaysia asik membahas isu ini.Tapi tiba-tiba suam pula cerita ni.Sebab demam bola melanda.Kes buang bayi dah jadi suam,yang dah demam,World Cup! Aku rewind (putar balik memori aku) treeeeettreetttt,,,treeet,,, Oh,dah ingat apa yang kami bualkan.Masa itu pun masa kami perempuan-perempuan santai-santai dirumah juga sambil minum-minum jus bersama kek coklat.Ermmm..Sedap! Sampai terkeluar-terkeluar air lur kerana kesedapannya.Tapi nak tahu ada lagi air liur lain yang terkeluar masa kami berborak-borak masa tu.Air liur mak-mak orang yang marah sangat bila berbual pasal kes buang bayi ni.Menyembur-nyembur terpercik ke udara yang sedang diputarkan oleh kipas yang laju berputar.Marah betul Mak-Mak,Ibuk-Ibuk ni.Termasuklah aku. Bayangkan ada yang geram sampai terkeluar dialog "Ni semua salah jantan,kalau berani bertanggungjawab,takkan perempuan tu nak buang anak dia.Kalau aku dapat jantan ni aku toreh-toreh 'tuuuut'( tak boleh taip,mak marah,hehehe) dia lepas tu aku siram dengan asid,baru padan muka!" Kata kawan aku ni.Tengok tu marah betulkan,Ada yang kata " Buatlah tempat untuk anak-anak luar nikah" dan macam-macam lagi idea.Aku pun turut tumpang semangkuk sumbang idea yang sumbang mambang.Bagi aku 'menoreh' kepunyaan orang tak kan selesaikan masalah,lebih baik menoreh di pokok getah,membuahkan getah.Salah perempuan juga kerana buat 'Jualan Offer'.Mendirikan tempat berlindung untuk anak-anak luar nikah pun bagi aku tak menyelesaikan masalah. Lagi Menambah bilangan anak terbuang adalah.(Pendapat aku)Seupama seorang ibu berpesan pada anak: "nak pergi mana tu? Ni kan sudah malam" Tanya Mak.Jawab anak perempuan : "Alah mak ni,keluar dgn kawan je lah!" " Yelah,nak pergi mak kasi,tapi ni dah pukul 9 malam,balik jangan lebih pukul 12 malam yer.." Jawab Mak. Bagi aku salah cara penyelesaian.Tiada beza antara sebelum pukul 12 malam atau selepas 12 malam.Yang nyata anak itu tetap keluar rumah. Betul tak???? Jadi bila aku lihat kawan-kawan ku semua ambil perihatin kisah ni,aku rasa bersyukurlah jugak sebab sekurang-kurangnya dengan suara ramai mungkin boleh mengutarakan satu cadangan ataupun apa-apa idea yang bernas.Tapi sayang,semuanya sudah suam kembali apabila sekarang kawan-kawan ku ni semua dah tak nak cerita pasal 'buang bayi' sebab dah syioook certa pasal 'buang bola'... Dulunya yang meluap-luap penuh dengan api kemarahan,sekarang sudah diredakan dengan hanya objek bola,yang anak aku sepak-sepak main di halaman rumah.Entahlah,nak komen banyak,aku sendiri tak mampu berbuat apa-apa. Kalau aku atau kamu( iye,kamu) ada idea yang bernas sekalipun,tapi tiada perlaksanaan oleh sesiapa yang mempunyai kuasa,tak dapek eden nak nolong,huhuhu.Bagi aku jalan yang terbaik ialah kita kembali kepada ajaran Al Quran.Kerana penyelesaian ini sebaik-sebaik penyelesian. Sebab aku pernah berbual dengan satu remaja lelaki tentang isu ni dan dia sendiri akui tak takut kalau buat maksiat pun,sebab lelaki boleh lepas tangan,kerana lelaki selalu tak di kesan,kalau kena tangkap kerana berkhalawat dan didapati berzina pun,cuma kena denda atau kena undang2 lain yang termaktub.Kemudian aku tanya : Kalau sah didapati zina,hukumannya sebat 100 kali dikhalayak ramai (bagi yg belum berkahwin) ataupun sula sampai mati dikhalayak ramai (bagi yang sudah berkahwin) takut tak?" Remaja lelaki tu jawab : "Ish,kak,ada ker hukuman mcm tu, takutnya,malu pulak tu org nampak! comfirm tak buat punya " Jawabnya. Positifnya,Dia takut dengan 'cara' perlaksanaan Allah swt memberi hukuman.Mestilah dia takut,bukankah Allah Maha Mengetaui apa yang Hambanya Geruni???.Negatifnya : Dia rasa malu pada manusia,tapi bukan pada Allah.Sedangkan Allah Maha Melihat... Di sebaliknya hanya Allah yang tahu Qalbu kita... Renungkanlah dan kasihanilah bayi-bayi yang tidak berdosa itu.Janganlah buang mereka, apa perasaan Anda (bagi yang melakukannya) apabila sudah hari tua anda,Anda pula dibuang kerumah orang-orang tua?

Rabu, 16 Jun 2010

~ Tudung punya Cerita...~

Salam... Hr ni hr yg special utk aku... dan aku rasa hr ni hr yg special gak utk kwn2 seangkatan dgn aku... Knpa aku kata hr ni hr special tuk aku? Nak tahu????? Hr ni aku jd agak naughty sikit sbbnye Qalbu(hati) aku rsa 2 prkara.Yg prtama,aku rsa yeh! yeh! Allah dah tunjukkn,kedua aku sedih gak knape leh qalbu kecilku mntertawakan org! Ish..ish... Ni lah sbbnya... Wanita Menutup Aurat VS Wanita Tidak menutup Aurat.Krn isu ni lah sketika dulu aku prnah 'brcakar miau' dgn simpolan Si Z ni...1 Thun yg lepas aku brkenalan dgn Si Z ni di sbuah pusat prubatan.Dia seorg DR. Bila aku slalu jumpa dia utk dptkn rawatan,akhirnya kami jdi akrab.Waktu tu aku tdk brtudung n agak moderan hahahahaha... dan die brtudung labuh. Aku sayangkn die sbgai kawan krn die seorg yg tak mmpunyai kwn yg ramai.Tau sbb ape? Dia sndiri yg bg tau aku,sbbnya dia tak disukai krn gaya dan cara dia brcakap.Tp aku OK jer dgn dia.Tau je lah aku ni,siapa2 pun leh jd kwn aku.Bila aku mula rapat dgn dia,dia mula hilang rasa hormat pd aku sbg patient n kwn.. Aku ditegur atau bahasa kasarnya aku di'sound' sekeras-kerasnya krn penampilan aku yg tk mngikut syariat.Aku blh trima teguran tu krn apa yg dia cakap mmg benar belaka.Tapi Cik Daud ada Qalbu,hahahaha,aku ada hati dan perasaan.Dia tegur aku slalu di dpn kwn2 aku yg lain,di tmpat2 yg trbuka,dan cara teguran dia mmg pedassss.Aku senyum aja bila dia mengecilkan hati aku.Dia selalu ckp "Ingat cantik ke pkai baju mcm org telanjang ni,menyampah aku tgok kau,dah mcm perempuan blkng jalan gelap je aku tgok ! Cuba kau tgok aku ni,aku dgr cakap suami aku.Tutup aurat.Ko tak kesian ker tgok suami kau malu kau brpakaian mcm ni ?" Kata Si Z tu.Aku cuma jawab,InsyaAllah.Padahal aku cuma tak brtudung da aku pakai jeans n t-shirt or blouse(Aku tahu mmg salah pun).Akhir skali hubungan kami trputus sbb dia brpindah.Jarang2 call n jumpa,lama2 hubungan kami jadi lemau. Kuasa Allah SWT,3,4 hari yg lepas aku berjalan brsama suami dan anak2 aku di danga bay, mata ku mcm nak terkeluar apabila aku tertoleh pada 1 hamba Allah ni.Mukanya msh aku cam lg.Masih cantik dan menawan sprti dulu.Tapi kenapa Qalbu ku berbisik " Ait !Lain pulak packaging dia!" *Betul ke aku eja packaging* Astarfirullah.... Si Z tu rupenya.Aku cepat2 menuju kearah dia dan menyapa dia.Dgn muka mcm ala2 org pakai botox ,senyum mcm tak senyum,berkerut mcm tak de kedut,dia sapa aku balik dgn sapaan ''Hai" Dia tak cam aku sbb bila kami brjumpa balik dgn izin Allah,aku telah berganjak setapak kedpn.Setapak je..Aku sudah brpakaian mngikut cara yg Allah perintahkan.Aku prkenalkan diri buat kali kedua.Mukanya berubah mnjadi cat merah yg along biasa simbah kt rumah yg org tak bayar hutang tuuu... Dia terus peluk aku dan kami mula bercerita panjang.Bla..bla..bla..bla.. Kesudahannya aku dpt tahu yg dia berubah mcm tu krn kecewa dgn suaminya yg brkahwin lg 1.Dia rasa apa kekurangannya dan dia rasa dia telah ikut semua apa yg suami perintahkan...Bgitulah kesudahannya kwn2... Pengajaran buat aku,jgn lakukan apa saja sekalipun krn org lain dan mngharap balasan dr org lain krn kita pasti akn kecewa jikalau apa yg kita harapkan tdk kesampaian,Berharaplah dan lakukan apa saja krn Allah, kerana PASTI,Allah tdk pernah mensia-siakan kita krn Allah tidak prnah meninggalkan kita.... So,kwn2,apa pendapat korang pasal isu Aurat ni ataupun apa iktibar yg korang dapat dr cerita aku ni..... Ermmmmm....

Selasa, 15 Jun 2010

~ Rizq Romeo ~

Walla! Rizq my Heroooos,heroes versi tarzan melayu! Aduh,Rizq ni tak hyperactive,diam bila tido jer..Tapi di sebalik kenakalannya,Rizq penyayang n romantic. Kecik2 lg Rizq dah pndai tunjukkn kasih sygnya! Nak tau ape dialog FAVourite die. "ibu,Rizq syg ibu,tp ibu kena makan ubat kurus yg mak ngah jual! " Huhuhuhu.... Anak sape lah ni...

~ AISY PRIMADONA ~


Haaa! Ni my girlz , Aisy... Tgok tuuuu..die mmg suka amik gambar..mcm2 gaya die blh buat tau! Aisy sgt brdikari,lemah lembut (hehehe,sometimes jer),hapy alwayz n Aisy loves to eat! Jom kenali Aisy,banyak cerita pasal Aisy.....

~ Me,Luqlu...~

Shiba : Aku hanyalah wanita biasa...wanita biasa yg penuh dgn peristiwa yg ingin aku kongsikan bersama... Aku suka simpan sgla memori aku wlaupun ada diantaranya yg sgt melukakan aku.Tapi,aku jadikan ia sbgai satu warna dlm khidupan aku... Bagi ku, siapalah aku utk menidakkan sgla yg telah tertulis itu.Aku juga seorg yg sgt mudah menyayangi sesiapa saja,kerna bagi ku kasih syg yg aku miliki ni 'meluap-luap' utk aku berikan kpd sesiapa saja..Aku tak kisah klau aku tak disayangi..tp cukuplah sekadar aku bisa menyayangi dan membahagiakan org lain........